Rabu, 17 Disember 2008

Sindiket curi binatang ternakan di Tambunan berleluasa !!


Suara Tambunan sependapat dengan YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan,Wakil Rakyat Tambunan bahawa minat penternak Tambunan terhadap industri ternakan khususnya kerbau dan lembu semakin pudar ekoran aktiviti mencuri binatang berkenaan masih berleluasa walhal penternakan itu satu perniagaan yang amat menguntungkan.

Dalam konteks ini, kerajaan menerusi agensi-agensi berkenaan wajar mengambil langkah positif dan drastik bagi menangani masalah ini. Sindiket perlu di cegah, di tangkap dan di kenakan hukuman setimpal.

Disamping itu, kerajaan juga perlu mempercepatkan pembangunan padang ragut yang ada supaya dapat menangani masalah binatang berkeliaran dimerata tempat memikat hati pencuri .

Pihak keselamatan ( Polis, Rela, Rukun Tetangga dan JKKK ) perlu kerapkali turun padang membuat rondaan untuk memastikan tidak ada sindiket mencuri berlaku.

Bagaimanapun, jangan bertindak ikut hati naluri dan undang-undang sendiri !

Isnin, 15 Disember 2008

Selamat Menyambut Hari Natal 2008 dan Tahun Baru 2009




Walaupun dalam kesibukan musim menuai padi, suasana menyambut hari Kristmas 2008 dan Tahun Baru 2009 mula di rasai serta kelihatan dikalangan warga Tambunan.

Suara Tambunan mengucapkan selamat menyambut Hari Kristmas dan Tahun Baru 2009 kepada semua sahabat handai, rakan tolan dan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Kristian. Semoga sihat-sihat walafiat, sentiasa di rahmati kesihatan yang sempurna dan dilindungi daripada apa jua musibah duniawi.

Marilah kita sama- sama rayakan Kristmas dan Tahun Baru nanti berteraskan semangat mengukuhkan hubungan silaturahim dan perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Bermaaf-maafan dan kunjung - mengunjung di hari mulia ini adalah amalan dan budaya murni rakyat Malaysia.

Ahad, 14 Disember 2008

Harga minyak dijangka turun lagi ?

Suara Tambunan mengalu-alukan kenyataan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, berkemungkinan harga bahan bakar akan diturunkan lagi ekoran penurunan harga minyak mentah di pasaran global.
Bagaimanapun, apabila harga runcit petrol dan diesel sudah semakin murah, maka elemen subsidi sudah tidak ada lagi. Rakyat perlu bersedia menerima hakikat bahawa kerajaan tidak akan selama-lamanya memberi subsidi.
Rakyat Tambunan mengalu-alukan keprehatinan kerajaan meringankan beban rakyat dengan menurunkan harga runcit minyak petrol , diesel dan harga barangan keperluan yang lain.
Nampaknya, peniaga di sekitar pekan Tambunan agak degil menyahut saranan-saranan kerajan dalam menyokong kempen-kempen turun harga barangan.
Perlu penguatkuasaan , amaran dan tindakan segara terhadap peniaga-peniaga yang degil.

Selasa, 9 Disember 2008

PANTAU DAN TURUNKAN HARGA BARANGAN

Walaupun Kerajaan telah pun menurunkan harga bahan baker seperti minyak petrol dan diesel kepada tahap yang terendah namun harga barangan keperluan di sekitar Pekan Tambunan masih pada kadar yang amat membebankan pengguna.
Kesemua harga barangan keperluan dinaikkan ketika harga bahan bakar ( Petrol dan Diesel ) melambong tinggi di pasaran global. Para peniaga mengaitkan kenaikan harga barangan secara mendadak tempias daripada melambungnya harga bahan bakar ( minyak petrol dan diesel ).
Para pengguna agak keciwa dengan usaha kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan dengan meminta pemilik gedung-gedung dan pasar raya untuk menurunkan harga barangan mereka. Walhal tidak semua rakyat Malaysia dapat membeli bela di premis – premis ini.
Pengguna juga hampa dengan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana tidak membuat pemantau dan penguatkuasaan berkala meliputi semua pekan-pekan .
Kerajaan juga diminta untuk semak semula harga pasaran bahan-bahan binaan seperti semen, besi, bata, kayu, zink, pasir dan lain-lain agar harganya lebih mesra kepada pengguna, kontraktor serta orang perseorangan. Nilai kos projek – projek kerajaan / swasta telah melambung tinggi ekoran harga tinggi bahan – bahan binaan di pasaran.
Wahai warga Tambunan, apa peranan kita ? lapor! boikot! atau..........

Industri Pelacongan Daerah Tambunan


Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah Tambunan, Encik Thomas Angor memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan RM4.5 juta untuk program pembangunan kemudahan pelancongan di daerah ini yang akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan.

Diantara pembangunan yang di beri keutamaan adalah Pusat Penerangan Pelancongan dan hotel, lanskap sekitar pekan dan naik taraf kawasan perkelahan Dalungan/Kaingaran.

MESEJ Daerah Tambunan

Kerajaan Barisan Nasional telah memperkenalkan berbagai program kearah mencapai sasaran miskin sifar menjelang tahun 2012. YB. Datuk Joseph Pairin Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Wakil Rakyat Tambunan serta Ahli Parlimen Keningau selaku menteri bertanggungjawab di negeri Sabah telah melaksanakan berbagai pendekatan drastik bagi membantu golongan miskin tegar yang ada di daerah Tambunan agar dapat meningkatkan taraf hidup serta ekonomi mereka.
Antara lain program yang sedang dilaksanakan di daerah Tambunan adalah Program Mini Estet Sejahtera( MESEJ ) fasa pertama yang terletak di jalan Kaingaran seluas 300 ekar dimana 100 ekar telah siap diteres dan 50 ekar telah ditanam dengan 9,000 benih getah bermutu tinggi.
Pihak LPPB juga sedang dalam proses pengukuruan untuk kawasan pembinaan rumah peserta.
Seramai 70 calon Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) telah dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk ditemuduga sebagai peserta dalam program MESEJ ini.

Isnin, 8 Disember 2008

TAMBUNAN SECARA RINGKAS


Daerah Tambunan terletak paling utara dalam Bahagian Pedalam Atas, iaitu di garis bujur( longitude ) 5'55'N - 5'30 N dan garis lintang ( latitude ) 116035É - 116010E.Enam daerah yang bersempadanan ialah daerah Ranau di Timur Laut,Kinabatangan di Tenggara, Keningau di Selatan, Papar dan Penampang di Barat dan Tuaran di Barat Laut dan Utara. Keluasan daerah ialah 134,540 hektar.
Tambunan terbahagi kepada tjuh Mukim iaitu Mukim Mensorulung, Nambayan, Lintuhon, Toboh, Sunsuron, Patau dan Kerokot.
Nama TAMBUNAN wujud hasil gabungan dua nama pahlawan agung Tambunan di masa silam iaitu TAMADUN DAN GAMBUNAN.
Seperti daerah-daerah yang lain, Tambunan juga sedang pesat menikmati pelbagai pembangunan prasarana dalam aspek infrastruktur, pendidikan, kesihatan, pertanian dan pelancongan hasil pemberian Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Perkembangan ini adalah hasil usaha gigih Wakil Rakyat yang juga Ahli Parlimen , Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan dengan kerjasama padu oleh agensi-agensi pelaksana kerajaan di peringkat daerah.
Tambunan sememangnya beriklim sederhana sejuk dan digelar 'Switzerland Of The East' oleh para pengunjung dan amat sesuai dimajukan untuk destinasi pelancongan. Tempat - tempat yang menarik untuk di kunjungi antara lain Gunung Trus Madi, Mahua Waterfall, Pusat Pelacongan Rafflesia, Tambunan Village Resort Centre dan banyak lagi.
PENDUDUK - 27,825 orang ( Banci penduduk 2002)
  • Kadazandusun - 24,586 orang
  • Cina - 284 orang
  • Bajau - 217 orang
  • Melayu - 348 orang
  • Murut - 161 orang
  • Bumiputera lain - 640 orang
  • Bukan Warganegara - 1,589 orang

PENGGUNAAN TANAH

  • Pertanian - 4,453 hektar
  • Hutan Simpan Kelas II - 27,239 hektar
  • Hutan Simpan Kelas IV - 356.00 hektar
  • Taman Negara - 17,592 hektar
  • Padang Ragut - 2,865 hektar
  • Skim Apin-Apin - 4,452 hektar
  • Tanah milik kerajaan - 82,036 hektar
  • Tanah bergeran - 20,030 hektar

AKTIVITI EKONOMI PENDUDUK

  • Kegiatan Pertanian - 90%
  • Perkhidmatan Awam/Swasta - 4.19%
  • Perindustrian - 0.04 %
  • Penternakan Ikan Air Tawar - 1.03%
  • Peniaga / Usahawan - 1.43%