Khamis, 26 Mac 2009

INDUSTRI PARANG MENJANA EKONOMI

Kilang tradisi pembuatan parang. Kelihatan sedang memanaskan besi untuk memudahkan merekabentuk parang mengikut kehendak dan citarasa pembeli.

Seorang surirumah Puan Jaffar Taliban mempamerkan kemahiran membuat parang.

Kemahiran membuat parang diwarisi daripada nenek moyang. Kemahiran yang ada satu legasi buat kebanyakkan penduduk Kg. Nukakatan.

Kilang Parang tradisi kini menngunakan peralatan modern seperti kipas angin, Grinder, cutter dan kuasa tenaga letrik untuk memudahkan kerja membuat parang

Generasi muda tidak segan silu menuntut ilmu membuat parang. Hasil titik peluh mereka pasti membawa hasil lumayan.

Kilang dan peralatan pembuatan parang


Nenek kita menjual hasil produk parang tempatan dengan harga yang berpatutan. Harga sebilah parang bergantung kepada saiz dan senirekanya.


Sebahagian parang yang siap sedia untuk dipasarkan.

Kemudahan telekomunikasi menggunakan tenaga solar yang terdapat di Kg. Nukakatan.

Pemandangan dari jauh terletaknya Sekolah Kebangsaan Nukakatan Tambunan.

Kampung Nukakatan, terletak kira - kira 60 km dari Pekan Tambunan sememangnya satu tempat yang agak jauh terpencil di utara Tambunan namun setiap pengunjung pasti tidak lupa akan keistemewaannya setelah menikmati suasana sepi, nyaman, udara sejuk serta bebas daripada sebarang pencamaran selain sambutan sopan, tertib serta mesra dilakangan pendududk setempat.
Kampung Nukakatan yang diduduki oleh suku kaum Dusun, tidak ketinggalan daripada arus pembangunan yang diberi dan disediakan oleh kerajaan. Pembangunan terkini adalah Pembekalan Letrik Luar bandar yang kini rancak dijalankan. Suasana sepi dan gelap diwaktu malam akan bertukar menjadi terang benderang setelah bekalan letrik ini siap kelak.
Selain bercucuk tanam tanaman jangka pendek dan jangka panjang seperti padi sawah/bukit, sayuran,getah, ternakan binatang, kolam ikan air tawar dan kraftangan sebagai sumber ekonomi, Nukakakan memang terkenal dengan produk parang keluaran penduduk kampung. Industri pembuatan parang di Kampung Nukakatan adalah warisan turun menurun. Boleh dikatakan kesemua isi rumah di Kg. Nukakatan mahir dengan seni pembuatan parang ini.
Puan Jaffar Taliban, seorang suri rumah sepenuhnya berkata pulangan hasil industri pembuatan parang agak lumayan. Ianya dapat menjana pendapatan keluarga. Bagaimanapun, pengusaha kecil - kecilan yang ada, kini menghadapi masalah mendapat bahan asas terutama besi ( Spring Kereta ) kerana bukan sahaja besi mahal tetapi sukar didapati dimana - mana tempat.
Beraneka saiz, bentuk dan senireka parang dijual ditamu mingguan pekan Tambunan dan tamu bulanan di Ranau dengan harga yang berbeza. Pembuat parang mengutamakan pembuatan reka bentuk mengikut citarasa pembeli yang mudah dijual dipasaran. Mereka juga menerima tempahan pembeli mengikut reka bentuk yang dikehendaki.
Pembuat disini jarang sekali membuat parang yang berukiran kerana agak susah mencari pasarannya. Tambahan lagi harga bagi sebilah parang berukiran boleh mencecah RM150 hingga RM200 sebilah.Parang jenis ini hanya untuk cenderhati dan perhiasan sahaja.
Besi terpakai pasti boleh jadi wang. Jangan lepaskan peluang menuntut ilmu membuat parang ini. Masa depannya juga cerah seperti industri - industri lain jika di usahakan sepenuhnya.

Ahad, 22 Mac 2009

Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris ?

Luahan reaksi pro dan kontra terhadap ketetapan Kerajaan menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran Mathematic dan Science disekolah-sekolah harus dilihat dari aspek positifnya. Kedua-dua bahasa ini amat penting jika dilihat sudut memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan penguasaan Bahasa Antarabangsa.
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Maths dan Sains sememangnya wajar dan mempunyai rasional tersendiri. Walaupun Inggeris diajar dalam mata pelajaran bahasa Inggeris tetapi tambahan subjek ini pasti dapat mendidik dan mendedahkan para pelajar menguasai bahasa antarabangsa ini.
Dunia hari ini adalah dunia IT. Jika rakyat kita kurang arif dengan bahasa Inggeris maka penguasaan IT kita disifatkan bagai ' katak dalam tempurung '. Justeru itu, penggunaan Bahasa Inggeri dalam dua mata pelajaran penting ini wajar digunakan disekolah-sekolah.
Tidak dinafikan bahawa pelajar menghadapi masalah mengadaptasi di peringkat permulaan namun perlu kita ingat bahawa tempoh pembelajaran itu memakan masa yang lama.
Kita ingat pada masa yang silam, dimana banyak sekolah-sekolah menggunakan bahasa Inggeris ( sekolah yang dikelolahkan oleh Mission, ) sebagai medium bahasa penghantar. Pada ketika itu, tidak timbul masalah penguasaan bahasa dikalangan pelajar berbagai ethnik. Sistem Pendidikan yang diamalkan di Negeri Sarawak satu contoh yang baik.
Ketetapan kerajaan mengenai isu ini perlu di kaji dan diteliti sedalam-dalamnya demi kepentingan pendidikan anak bangsa kita. Jika boleh, kaji semula rasional mengambalikan dua aliran persekolahan di negara ini iaitu aliran Melayu dan aliran Inggeris. Keperluan dua aliran ini adalah bagi memberi pilihan kepada pelajar-pelajar aliran mana yang boleh membantu mereka memperolehi keputusan cermalang.

SEMAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN MELALUI AKTIVITI RUKUN TETANGGA

Pegawai Perpaduan Daerah Tambunan, Encik John Aping berucap merasmikan majlis Hari Keluarga Kawasan Rukun Tetangga Kg. Nambayan di Dewan Serbaguna Mukim Nambayan.

Pengerusi KRT Kg. Nambayan, Encik Jupirin Kajiun
Sebahagian ahli-ahli KRT yang hadir pada majlis Hari keluarga KRT


Ahli- ahli KRT khusuk mendengar amanat Pegawai Perpaduan Daerah Tambunan.


Encik Anthony Joseph, Ahli KRT menghiburkan hadirin.


Pegawai Perpaduan Daerah Tambunan, Encik John Aping menyeru KRT agar memperbanyakkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian rakyat setempat. Tidak dinafikan bahawa perpaduan itu merupakan satu asas penting bagi membantu kerajaan melaksanakan segala program pembangunan serta misi nasional. Kerajaan melalui Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyediakan jutaan ringgit untuk program-program memperkukuhkan hubungan silaturahim dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Usaha ini akan menjana keharmonian, kesejahteraan serta mengujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan sama-sama menikmati kegemilangan dan kemajuan negara.
KRT dinasihatkan untuk mengajak golongan remaja untuk turut serta dalam program - program yang ada seperti Rakan Muda, Rakan Wanita dan lain-lain. Penglibatan mereka sudah tentu akan menghindar keterlibatan golongan remaja dalam aktiviti negatif yang pasti meruntuhkan moral dan merugikan.
KRT juga harus berganding bahu dengan badan -badan kerajaan yang lain seperti JKKK, RELA
dan Kelab Belia agar memudahkan pelaksanaan aktiviti - aktiviti .

Rabu, 18 Mac 2009

MEDIA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Encik Ibrahim Jahar, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah berucap di Majlis Bersama media
di Mini Dewan, Perpustakaan Wilayah Keningau.

YB Encik Justin Guka, ADUN N.33 Bingkor berucap merasmikan Majlis Bersama Media Bahagian Pedalaman Atas Keningau.

Sebahagian Wartawan / Pengamal Media Bahagian Pedalaman Atas yang hadir dimajlis ini.
Tidak dinafikan bahawa media massa, sama ada media eletronik, cetak, internet dan blog memainkan peranan penting dalam pembangunan minda rakyat kearah kestabilan, keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan negara. YB. Encik Justin Guka, Wakil Rakyat N.33 Bingkor melahirkan pandangan ini ketika merasmikan majlis bersama media di Keningau pada 18.03.2009.
Pengamal Media di sekitar Bahagian Keningau dinasihatkan supaya memainkan peranan penting dalam menyampai mesej - mesej kerajaan dengan cepat, tepat dan sahih kepada rakyat jelata. Isu - isu panas tidak harus diputarbelitkan semata-mata mengelirukan pemikiran rakyat dimana akhirnya menyemarakkan hati rakyat untuk membenci pemimpin serta kerajaan semasa.
Walaupun negara ini mengamalkan kebebasan bersuara dalam apa juga saluran media, namun kita harus bertanggungjawab sepenuhnya akan impak negatif yang berlaku. Justeru itu, pengamal Media harus sedar akan pentingnya peranan mereka membantu kerajaan memperjelaskan isu - isu yang senentiasa di putar belitkan oleh pihak -pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam kesempatan yang ada, YB Encik Justin Guka membidas segelintir kontraktor-kontraktor projek kerajaan yang gagal menyiapkan projek kerajaan mengikut piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan. Tindakan mereka semata-mata ingin mengaut keuntungan tinggi tetapi amat merugikan rakyat dan kerajaan.
Pengamal media yang hadir adalah daripada Jabatan Penerangan, RTM, Berita Harian, New Sabah Times, Daily Express dan Borneo Post.

Jumaat, 13 Mac 2009

KURUP KEKAL MP PENSIANGAN



Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Pilihanraya membatalkan kemenangan tanpa tanding calon BN, Tan Sri Joseph Kurup.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini ( 13.3.2009 ) tentunya memberi keselesaan kepada Tan Sri Joseph Kurup, Presiden PBRS dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Persekutuan, Ahli Parlimen dan Presiden PBRS membela nasib rakyat kawasan P182 Pensiangan. Tan Sri Joseph Kurup perlu melipatgandakan usaha membawa sebahagian peruntukan 1.2 billion yang diuntukkan untuk Sabah dan Sarawak di bawah pakej stimulus Bajet Mini II 60 billion ke kawasan Pensiangan.

Kita harap tidak ada lagi aral melintang baginya melainkan memberi tumpuan meningkatkan taraf hidup rakyat Pensiangan dimana pada ketika ini kadar kemiskinan tertinggi di negeri Sabah.

Calon PKR yang memfailkan petisyen pilihanraya membatalkan kemenangan tanpa tanding Tan Sri Joseph Kurup, tetapi kalah dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan sepatutnya akur dengan keputusan mahkamah ini.

Masa kini adalah masa untuk berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira ideologi dan ikutan parti politik. Rakyat miskin di luar bandar dahagakan pembangunan segala aspek dari kerajaan.

Soal politik, kedua-dua seteru ( Kurup vs Andipai ) politik ini mungkin bertemu lagi pada pilihanraya umum ke 13.

Tahniah buat Tan Sri Joseph Kurup.

Khamis, 12 Mac 2009

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA......

Kadangkala apabila melihat orang lain yang lebih bijak, lebih pintar, lebih cantik,lebih bahagia dan serba serbi lebih sempurna dari kita, kita cenderung untuk merasa ' kecil ', terpinggir, rendah diri dan tak setanding.
Namun perasaan sedemikian sebenarnya negatif.
Oleh yang demikian, untuk menjadi positif, kita perlu jadikan kekurangan dan kelemahan kita sebagai kekuatan diri. Letakkan ia sebagai pembakar semangat untuk terus memajukan diri supaya sama-sama 'duduk sama rendah- berdiri sama tinggi '. Semaju dan sehabat yang mungkin.
Mungkin sahabat kita hebat hari ini, tetapi tidak semestinya akan hebat esok. Hidup bagaikan roda, sekejap diatas, sekejap dibawah.
Mulai hari ini, tanyalah diri apa kekurangan dan kelemahan yang kita ada. Dalam masa yang sama terokai apa kekuatan kita.
Tidak perlu merasa rendah diri bila kita rasa tidak setanding dengan orang lain.
Letakkan sasaran dan matlamat untuk diri kita. Jangan fokus untuk bersaing, tetapi fokuskan untuk mencapai matlamat yang kita tetapkan. Pastinya rajin dan usaha tangga kejayaan.
Petikan dari Sinar mentari 1/09