Rabu, 28 Januari 2009

WAH HUI MULA BERTAPAK DI TAMBUNAN.

Suara Tambunan merasa amat kesal sekali kerana Wah Hui ( Perjudian ala Teka Teki ) mula bertapak di Pekan Tambunan. Pihak PDRM atau agensi-agensi kerajaan yang berkenaan perlu mengambil tindakan drastik menghapus Wah Hui ini sebelum ia parah.
Dalang perjudian ini juga wajar di kenakan tindakan mengikut Akta Perjudian kerana difahamkan bahawa Wah Hui ini beroperasi tanpa permit atau lesen sah.
Suara Tambunan meminta semua warga pekan Tambunan supaya memboikot Wah Hui disebaliknya melaporkan kewujudannya kepada pihak Polis.
Jangan biarkan Pekan Tambunan dijadikan hub perjudian haram.

3.2 juta untuk projek kecil Daerah Tambunan.

Tahniah kepada Wakil Rakyat kita kerana berjaya memperolehi peruntukan sebanyak RM3.2 juta untuk pelaksanaan berbagai projek kecil di seluroh kampung-kampung daerah Tambunan. Angka ini adalah peruntukan kerajaan untuk membiayai pelaksanaan projek kecil luar bandar fasa pertama seperti naik taraf jalan kampung, ubah suai bangunan Balai Raya, pembinaan parit, pembinaan jambatan gantung . Kerja - kerja pelaksanaan telah pun diagihkan kepada semua kontraktor berdaftar menerusi sistem cabutan yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah Tambunan.
Rakyat perlu terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional demi kesinambungan pembangunan lestari daerah Tambunan.
Disamping itu, badan JKKK perlu mengorak langkah untuk terus mengemukakan permasalahan kampung agar dapat di teliti dan seterusnya di pertimbangkan kelulusan peruntukan oleh kerajaan.
Suara tambunan yakin dengan kebolehan Kontraktor-Kontraktor agar melaksanakan projek luar bandar dengan cepat, ikut piawaian dan berkualiti.