Selasa, 20 Oktober 2009

16 SEPTEMBER - HARI MALAYSIA

Akhirnya, Kerajaan pusat mengiktirafkan tarikh 16 September setiap tahun sebagai sambutan Hari Malaysia iaitu satu tarikh keramat pembentukan Malaysia setelah negeri Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Nescaya rakyat Sabah dan Sarawak rasa bangga dengan pengiktirafan ini kerana hakikatnya tarikh berkenaan adalah tarikh sebenar penubuhan Malaysia.
Dalam sudut lain, isu sambutan Hari Kebangsaan yang lazimnya disambut pada 31 Ogos sudah selasai. Konflik tarikh Hari kemerdekaan tidak lagi dijadikan isu politik oleh mana-mana pihak dimasa akan datang.
Terima kasih kepada YAB. Perdana Menteri Malaysia atas pengumumannya menjadikan 16 September sebagai cuti umum dan menetapkan 31 Ogos dan 16 September sebagai dua tarikh rasmi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara setiap tahun.
Kita harap kerajaan negeri Sabah kaji tarikh baru Sambutan Hari Jadi TYT Sabah yang kebetulan jatuh pada 16 September.
Salam 1 Malaysia.

Isnin, 19 Oktober 2009

ANWAR TIDAK PERCAYA JEFFREY ?

Merujuk kepada petikan akhbar Utusan Malaysia tanggal 19 Oktober, 2009 mengenai kemelut dalaman kepimpinan Parti Keadilan negeri Sabah yang menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi percaya dan yakin akan kepimpinan Datuk Dr. Jeffrey Datuk Kitingan selaku Naib Presiden Parti Keadilan kebangsaan atas alasan kegagalannya mempengaruhi pengundi negeri Sabah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu sebagaimana berlaku pada empat negeri di Semananjung Malaysia. Sabah dan Sarawak kini di label sebagai 'Fixed Deposit ' kerajaan Barisan Nasional.
Justeru, melantik Azmin Ali sebagai Ketua perhubungan Parti Keadilan negeri Sabah.
Apapun krisis dalaman kepimpinan parti Keadilan, yang jelas perjuangan, pengorbanan serta kelantangan Datuk Dr. Jeffrey Datuk Kitingan menuntut keadilan dan hak asasi rakyat negeri Sabah tidak ada nilai serta tidak dihargai oleh pemimpin Keadilan pusat.
Jika ini benar belaka, buat apa tunggu lama dalam kem pembangkang. Perjuangan sia-sia sahaja. Lebih baik rujuk balik ke pangkuan Barisan Nasional untuk sama-sama membangun rakyat dan negara.
Saya yakin pengikut setia Datuk Dr. Jeffrey Kitingan akan merestui keputusan dan tindakan murni Datuk untuk rujuk semula ke pangkuan Barisan Nasional menerusi mana-mana parti Komponennya.
Jangan buang masa, tenaga serta pulus Datuk semata-mata untuk keuntungan segelintir pemimpin Keadilan yang hipokrit.
Tuhan akan sentiasa bersama dan melindungi jasa, perjuangan serta pergorbanan Datuk yang ikhlas dan murni.
Selamat berjuang.

Selasa, 13 Oktober 2009

BN MENANG KERUSI DUN BAGAN PINANG.

Tahniah atas kemenangan calon BN di kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti jauh lebih besar daripada keputusan pilihanraya umum ke 12.
Kemenangan pilihanraya kecil kali ini mengambarkan pendekatan kerajaan Barisan Nasional menerusi konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan amat berkesan sekali bagi mengambalikan keyakinan rakyat pelbagai etnik di Bagan Pinang terhadap kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Nescaya banyak lagi faktor-faktor lain yang membantu kemenangan besar BN. Rakyat sedar akan betapa pentingnya untuk terus menyokong kerajaan yang stabil, berwibawa dan mampu memberi pembangunan kepada rakyat dan negara. Tranformasi kepimpinan negara telah membuktikan keberkesanannya.
Marilah berganding bahu untuk terus menyokong kepimpinan, dasar, rancangan, program murni kerajaan demi keutuhan dan kestabilan politik negara.
Buang yang keruh ambil yang jernih. Jangan biarkan kita menderita di bumi sendiri yang kaya raya dengan sumber alam semulajadi.

KELAS PENGAJARAN BAHASA MANDARIN DAN TAMIL SEMASA WAKTU PERSEKOLAHAN.

Kementerian Pelajaran bercadang memperkenalkan kelas bahasa Mandarin dan Tamil semasa waktu persekolahan biasa di semua sekolah rendah seluruh negara bertujuan menarik minat pelajar bukan Melayu memasuki sekolah kebangsaan !
Bunyinya nampak cantik tetapi apa kata pelajar kaum bumiputra dan pengurusan sekolah.
Jika dilihat rasionalnya, ia baik bagi memperkukuhkan perpaduan dikalangan pelajar pelbagai etnik. Ia juga selaras dengan konsep 1 Malaysia. Ia juga sangat baik bagi golongan pelajar bumiputera bagi menguasai dua bahasa tambahan.
Bagaimanapun, cadangan ini dikhuatiri membebankan pelajar bumiputera kerana tambahan mata pelajaran bahasa Mandarin dan Tamil.
Dalam sudut lain, jika di implementasi, ianya memberi ruang dan peluang luas bagi kerjaya Guru .
Pasti tambahan guru terlatih khusus untuk bahasa Mandarin dan Tamil akan ditambah.
Apapun, jika ia membawa menfaat kepada peningkatan pendidikan dan perpaduan negara, tidak ada sebab cadangan ini tidak dilaksanakan. Di Sabah, mungkin bahasa Mandarin lebih sesuai dan diminati oleh pelajar-pelajar bumiputera sebagai bahasa ketiga.
Jika tidak biarlah dua-dua bahasa ini sebagai mata pelajaran optional atau diajar di sekolah jenis kebangsaan atau swasta sahaja.

Khamis, 8 Oktober 2009

KONSEP 1 MALAYSIA

Salam mesra dan salam 1 Malaysia.
Sudah lama tidak ada coretan dalam blog suaratambunan kerana halangan yang tidak dapat dielakkan.
Gagasan konsep 1 Malaysia berteraskan tema 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang di ilhamkan oleh Perdana Menteri ke 6, hangat di perkatakan oleh segenap pemimpin di negara ketika ini.Tidak kurang juga reaksi-reaksi negatif. Yang jelasnya, ianya satu teras dan asas pentadbiran negara dibawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak membawa perubahan dan tranformasi pentadbiran negara kearah mengukuhkan perpaduan, tambah nilai sistem penyampaian kerajaan berpaksikan kepada keutamaan, kepentingan dan kehendak rakyat jelata pelbagai kaum dinegara ini.
Kerajaan menyahut cabaran mengemudikan rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan agama bertindak sebagai satu bangsa Malaysia, berfikiran proaktif dan bertindak kearah mencapai matalamat membina sebuah negara yang lebih maju, selamat,aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat luar sana.
Semua kita, rakyat Malaysia, perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia ini. Ketepikan pemikiran sempit dan negatif. Utamakan kepentingan masa depan negara yang lebih cerah.
Ayu wahai Bangsa Malaysia, marilah berganding bahu untuk terus menyokong usaha-usaha kerajaan untuk menjayakan gagasan murni 1 Malaysia berlandaskan kepada lepan nilainya iaitu;
1. Budaya Kecermalangan
2.Ketabahan
3. Rendah Hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6.Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Intergriti
1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
Selamat maju jaya.