Rabu, 16 Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU 2010


Masa begitu cepat berlalu. Tanpa disedari, rupanya kita sudah dipenghujung tahun 2009. Tidak lama lagi kita sama-sama menyambut Hari Kristmas 2009 dan tahun baru 2010. Hakikatnya, inilah putaran masa serta hidup yang perlu dilalui dan dihadapi . Yang muda kian menjadi remaja, remaja semakin dewasa, yang dewasa semakin matang, yang tua semakin menjadi warga emas.
Yang penting, kita sama-sama imbas kembali perlakuan, perubahan serta kemajuan diri dari berbagai sudut sepanjang tahun 2009 sama ada diterima pakai, disegani, ditahap yang memuaskan atau sebaliknya. Apa pun, kesemua itu adalah di usaha kita sendiri. Diri kita menentukan hala tuju sendiri. Langkah kanan atau langkah kiri kesudahannya adalah ketentuan yang tidak patut dipertikaikan.
Walaubagaimana pun, kegagalan bukan bermakna titik noktah perjuangan. Kegagalan itu kita jadikan sebagai satu pengajaran dan pedoman serta satu dorongan untuk lebih berusaha mencapai kecermalangan hidup masa-masa mendatang.
Suaratambunan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Kristmas dan Tahun Baru kepada semua sahabat handai jauh dan dekat. Kita semaikan semangat gagasan 1 Malaysia dalam memperkukuhkan perpaduan dan setia kawan dikalangan masyarakat berbilang kaum. Kita jadikan 8 nilai 1 Malaysia sebagai teras memperkasakan penyatuan Bangsa Malaysia yang disegani.
Akhir kata,
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah aku menumpang mandi,
Kalau ada salah silap terlanjur,
Harap dapat dilupakan dan dimaafkan.
Tuhan senentiasa melindungi dan memberkati kita .
Jumpa lagi di tahun hadapan.

Khamis, 10 Disember 2009

RAMAILAH JADI ANDARTU ! !

KOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua."Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu," katanya.
Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.
Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu. - Bernama ( Berita Harian Metro - 11/12/09 )
kalau kita fikir sedalam-dalamnya, ada juga lojiknya komen Menteri Besar kelantan ini berhubungan dengan keputusan kerajaan negeri Selangor menaikkan kadar mas kahwin mulai Januari tahun hadapan. Apa gunanya menaikan kadar bayaran mas kahwin. Yang penting adalah kebahagian dan masa depan yang cerah kepada kedua-dua pasangan. kenaikan kadar mas kahwin semata-mata membebankan pasangan terutama si laki-laki.
Bagaimanapun, dalam suasana ekonomi lembab serta nilai ringgit kita menurun, kenaikan itu tidak dapat di nafikan. Semua barangan keperluan terutama 'emas 'sudah tentu melonjak tinggi dipasaran. Apa yang kita boleh beli mas kahwin dengan harga RM80?. Tembaga, mungkin dapat..
Janganlah jadikan hantaran mas kahwin faktor meningkatnya bilangan andartu dan bujang terlajak di negara ini. Runding dan timbang tara secara wajar kedua belah pihak akan jumlah bayaran hantaran yang tidak membebankan pihak lelaki. Jangan biarkan menantu kita muflis kerana lebih berhutang untuk langsaikan hantaran.Jangan biarkan pasangan merana untuk memulakan hidup baru sebagai suami isteri selepas perkahwinan.