![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFBI1fOB2DKrcI6oIWoWOFO8jnVjHKxrjW8RgR7IzUSREwEO8d0u19zip25qL2F7QfnSPaORpuKow1wKjWWvS3bB2mwuRbSfreFnasUDp6P7YhGLLmSuZjpmfh_ah6WGytE0lfZbO6R3s/s320/Image017.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJVAh0tfwImeocE63FSCnu3x_iBQJpKxmczCyCU2OpBmD1BM0Hd30-dv2BNBLZ3k37kr8Rnb8PR8YaIedL7qXKFBirVevSztFZrcrqWghoab7gKAOtdfV0IRFJ7cK731oO_I2RFf2cz38/s320/Image008.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiK9KsNGxXQDIgNx7DErPKfuXxYFc4-fuFQ6TGLYMMLg4sfg2kt7Z7dx8FmUlPRYLUgLDKiLsi_O2_RwXYyBsPYPqSEkTvQDg6Ip55K5NUICl7vzoJaYMHyJTSGMLF2MKmj1uF9F03wvbk/s320/Image005.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicYGwYKRiVDpw2mtgW70fwBFuos1L_gP9UmHiqwRFjqut4wyVA1Pyj0xOUsGVcIhsEIzOrBaI_F0WKoiQ3qWUzoPLRCqPiPCpOEWSkkeHva4SrDpKsCB4kHJI5h1VeTWhAI5lgQ44gxlI/s320/Image001.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqlMiuObR-MXpxBAsHz6BkIrEHwIxzuU1K0xVIBBvNWclPLhjaukIgJdueItwidXQV4moUnEv2y0v_eazFNy-ydANFz_L6L4vQQFF2CUnZyb999ZNF_5rfwJAqGIp2e5yI7XfdrZg4VAY/s320/Image000.jpg)
Komuniti Bestari, satu organisasi sukarela dibawah naungan Jabatan Penerangan Malaysia merupakan peneraju utama maklumat di peringkat akar umbi. Ianya berfungsi sebagai titian maklumat antara rakyat dengan kerajaan dalam penyebaran dasar-dasar, rancangan dan aktiviti kerajaan. Rakyat jelata perlu menimba ilmu secara glokal agar peka dengan suasana sekeliling. Kementerian Penerangan menerusi Jabatan Penerangan telah menubuhkan sebanyak 1,040 Komuniti Bestari seluruh negara, 120 Komuniti Bestari di negeri Sabah dimana mengandungi tidak kurang 40 orang ahli.
Jabatan Penerangan telah menyediakan geran pengurusan tahunan sebanyak RM4,000.00 kepada setiap Komuniti Bestari disamping peruntukan-peruntukan tambahan bagi melaksanakan aktiviti - aktiviti sosio- ekonomi, perpaduan , kenegaraan dan sosial setempat. Komuniti Bestari juga disediakan Anjung Bestari lengkap dengan set komputer untuk memudahkan ahli-ahli Komuniti Bestari dalam pentadbiran serta akses pencarian maklumat-maklumat dalam internet.
Komuniti Bestari juga senentiasa berdamping rapat dan bekerjasama dengan badan-badan kerajaan setempat seperti JKKK, Rukun Tetangga, Rela, Gerakan Daya Wawasan dan pertubuhan Politik Kerajaan. Komuniti Bestari memainkan peranan penting dalam memantapkan hubungan dua hala kerajaan dengan rakyat dan seterusnya mempastikan agar rakyat di beri maklumat yang sahih mengenai hala tuju sebenar kerajaan disamping membantu menggerak minda rakyat dan seterusnya membentuk dan melahirkan rakyat minda kelas pertama.