Rabu, 28 Januari 2009

WAH HUI MULA BERTAPAK DI TAMBUNAN.

Suara Tambunan merasa amat kesal sekali kerana Wah Hui ( Perjudian ala Teka Teki ) mula bertapak di Pekan Tambunan. Pihak PDRM atau agensi-agensi kerajaan yang berkenaan perlu mengambil tindakan drastik menghapus Wah Hui ini sebelum ia parah.
Dalang perjudian ini juga wajar di kenakan tindakan mengikut Akta Perjudian kerana difahamkan bahawa Wah Hui ini beroperasi tanpa permit atau lesen sah.
Suara Tambunan meminta semua warga pekan Tambunan supaya memboikot Wah Hui disebaliknya melaporkan kewujudannya kepada pihak Polis.
Jangan biarkan Pekan Tambunan dijadikan hub perjudian haram.

3.2 juta untuk projek kecil Daerah Tambunan.

Tahniah kepada Wakil Rakyat kita kerana berjaya memperolehi peruntukan sebanyak RM3.2 juta untuk pelaksanaan berbagai projek kecil di seluroh kampung-kampung daerah Tambunan. Angka ini adalah peruntukan kerajaan untuk membiayai pelaksanaan projek kecil luar bandar fasa pertama seperti naik taraf jalan kampung, ubah suai bangunan Balai Raya, pembinaan parit, pembinaan jambatan gantung . Kerja - kerja pelaksanaan telah pun diagihkan kepada semua kontraktor berdaftar menerusi sistem cabutan yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah Tambunan.
Rakyat perlu terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional demi kesinambungan pembangunan lestari daerah Tambunan.
Disamping itu, badan JKKK perlu mengorak langkah untuk terus mengemukakan permasalahan kampung agar dapat di teliti dan seterusnya di pertimbangkan kelulusan peruntukan oleh kerajaan.
Suara tambunan yakin dengan kebolehan Kontraktor-Kontraktor agar melaksanakan projek luar bandar dengan cepat, ikut piawaian dan berkualiti.

Rabu, 17 Disember 2008

Sindiket curi binatang ternakan di Tambunan berleluasa !!


Suara Tambunan sependapat dengan YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan,Wakil Rakyat Tambunan bahawa minat penternak Tambunan terhadap industri ternakan khususnya kerbau dan lembu semakin pudar ekoran aktiviti mencuri binatang berkenaan masih berleluasa walhal penternakan itu satu perniagaan yang amat menguntungkan.

Dalam konteks ini, kerajaan menerusi agensi-agensi berkenaan wajar mengambil langkah positif dan drastik bagi menangani masalah ini. Sindiket perlu di cegah, di tangkap dan di kenakan hukuman setimpal.

Disamping itu, kerajaan juga perlu mempercepatkan pembangunan padang ragut yang ada supaya dapat menangani masalah binatang berkeliaran dimerata tempat memikat hati pencuri .

Pihak keselamatan ( Polis, Rela, Rukun Tetangga dan JKKK ) perlu kerapkali turun padang membuat rondaan untuk memastikan tidak ada sindiket mencuri berlaku.

Bagaimanapun, jangan bertindak ikut hati naluri dan undang-undang sendiri !

Isnin, 15 Disember 2008

Selamat Menyambut Hari Natal 2008 dan Tahun Baru 2009




Walaupun dalam kesibukan musim menuai padi, suasana menyambut hari Kristmas 2008 dan Tahun Baru 2009 mula di rasai serta kelihatan dikalangan warga Tambunan.

Suara Tambunan mengucapkan selamat menyambut Hari Kristmas dan Tahun Baru 2009 kepada semua sahabat handai, rakan tolan dan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Kristian. Semoga sihat-sihat walafiat, sentiasa di rahmati kesihatan yang sempurna dan dilindungi daripada apa jua musibah duniawi.

Marilah kita sama- sama rayakan Kristmas dan Tahun Baru nanti berteraskan semangat mengukuhkan hubungan silaturahim dan perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Bermaaf-maafan dan kunjung - mengunjung di hari mulia ini adalah amalan dan budaya murni rakyat Malaysia.

Ahad, 14 Disember 2008

Harga minyak dijangka turun lagi ?

Suara Tambunan mengalu-alukan kenyataan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, berkemungkinan harga bahan bakar akan diturunkan lagi ekoran penurunan harga minyak mentah di pasaran global.
Bagaimanapun, apabila harga runcit petrol dan diesel sudah semakin murah, maka elemen subsidi sudah tidak ada lagi. Rakyat perlu bersedia menerima hakikat bahawa kerajaan tidak akan selama-lamanya memberi subsidi.
Rakyat Tambunan mengalu-alukan keprehatinan kerajaan meringankan beban rakyat dengan menurunkan harga runcit minyak petrol , diesel dan harga barangan keperluan yang lain.
Nampaknya, peniaga di sekitar pekan Tambunan agak degil menyahut saranan-saranan kerajan dalam menyokong kempen-kempen turun harga barangan.
Perlu penguatkuasaan , amaran dan tindakan segara terhadap peniaga-peniaga yang degil.

Selasa, 9 Disember 2008

PANTAU DAN TURUNKAN HARGA BARANGAN

Walaupun Kerajaan telah pun menurunkan harga bahan baker seperti minyak petrol dan diesel kepada tahap yang terendah namun harga barangan keperluan di sekitar Pekan Tambunan masih pada kadar yang amat membebankan pengguna.
Kesemua harga barangan keperluan dinaikkan ketika harga bahan bakar ( Petrol dan Diesel ) melambong tinggi di pasaran global. Para peniaga mengaitkan kenaikan harga barangan secara mendadak tempias daripada melambungnya harga bahan bakar ( minyak petrol dan diesel ).
Para pengguna agak keciwa dengan usaha kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan dengan meminta pemilik gedung-gedung dan pasar raya untuk menurunkan harga barangan mereka. Walhal tidak semua rakyat Malaysia dapat membeli bela di premis – premis ini.
Pengguna juga hampa dengan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana tidak membuat pemantau dan penguatkuasaan berkala meliputi semua pekan-pekan .
Kerajaan juga diminta untuk semak semula harga pasaran bahan-bahan binaan seperti semen, besi, bata, kayu, zink, pasir dan lain-lain agar harganya lebih mesra kepada pengguna, kontraktor serta orang perseorangan. Nilai kos projek – projek kerajaan / swasta telah melambung tinggi ekoran harga tinggi bahan – bahan binaan di pasaran.
Wahai warga Tambunan, apa peranan kita ? lapor! boikot! atau..........

Industri Pelacongan Daerah Tambunan


Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah Tambunan, Encik Thomas Angor memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan RM4.5 juta untuk program pembangunan kemudahan pelancongan di daerah ini yang akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan.

Diantara pembangunan yang di beri keutamaan adalah Pusat Penerangan Pelancongan dan hotel, lanskap sekitar pekan dan naik taraf kawasan perkelahan Dalungan/Kaingaran.