Rabu, 6 Mei 2009

BUDAYA DAN BAHASA ENTITI BANGSA

Pelajar SMK Nambayan, Tambunan mempersembahkan koir Kaamatan .
Pelajar SK Kiawayan Tambunan pimpinan Cikgu Christina Baring mempersembahkan taridra sempana sambutan Pesta Kaamatan Tambunan 2009 di Pisompuruan Square pada 9hb. Mei, 2009.

Publisiti sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tambunan 2009



Team Sumazau dan Megagung Mukim Lintuhon yang dibarisi remaja Kg. Keranaan pimpinan
Encik David Suman, Pengerusi JKKK Kg. Keranaan Tambunan.

Persembahan Sumazau dan Megagung daripada Mukim Sunsuron, Tambunan


Team Veteran Mukim Mensorulung Tambunan



Encik Yurit Yadtaroh bangga dengan pakaian tradisi dan tengkolok suku kaum Dusun Tambunan.



Tugu dua Pemimpin lagenda Tambunan suatu ketika dahulu. Nama Tamadun dan Gombunan digambungkan melahirkan nama pesona Tambunan.


Memang tidak dinafikan bahawa budaya itu melambangkan indentiti bangsa dan keturunan seseorang. Justeru itu, usaha memeliharanya patut menjadi legasi dan di warisi oleh generasi muda. Pepatah Melayu berkata 'Biar mati ának, jangan mati adat' patut diberi pengertian sedalam-dalamnya agar budaya kita tidak pupus ditelan kemodenan. Generasi muda harus tampil kehadapan menegak dan mempertahankan adat resam , budaya dan bahasa sukuan masing-masing.
Sesuai dengan tema Kaamatan tahun 2009 'Bersama membentuk masa depan yang lebih baik ' lebih mengingatkan kita agar lebih berusaha lagi kearah menumpu masa depan yang lebih baik. Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Prestasi Diutamakan, satu flatform dan asas kerajaan untuk menyatukan rakyat dan bangsa Malaysia menerusi beraneka perayaan dan kebudayaan tanpa mengira keturunan, bangsa, agama dan perbedaan ideologi politik disamping mengutamakan tahap sistem penyampaian kerajaan kearah membangunkan rakyat dan negara.

Jawatankuasa Kecil telah mengadakan pertandingan Menangon dan Mimboros Boros Dusun dikalangan pelajar sekolah rendah dan Menangah serta pertandingan memalu Gong dan Sumazau diantara Mukim mendapat sambutan yang menggalakan. Acara ini adalah antara acara-acara yang menarik dalam Karnival Kaamatan Tambunan 2009 yang diadakan di Dewan Pisompuruan Square Tambunan pada 6hb. Mei, 2009 yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah, Tambunan, Encik Thomas Angor.

Ahad, 12 April 2009

KOMUNITI BESTARI PENERAJU MAKLUMAT AKAR UMBI

Ustaz Ramlin Hj Asri, Pengerusi Komuniti Bestari Kg. Babagon Baru Tambunan.

Encik Jaspher James, Pengerusi Komuniti Bestari Kg. Lintuhon, Tambunan.

Encik Dzulhanin Hasni, Wakil Pengarah Penerangan Sabah menyampaikan replika cek RM4,000.00 Geran Pengurusan Komuniti Bestari 2009 kepada Pengerusi Komuniti Bestari Kg. Banjar Keningau.

Encik Doni Kamaruddin, Pengerusi Komuniti Bestari Kg. Marampong Keningau menerima replika cek pengurusan Komuniti Bestari 2009.

Sebahagian peserta yang hadir khusuk mendengar taklimat pentadbiran dan pengurusan kewangan di Dewan Arked Keningau pada 10hb. Mei, 2009.

Penolong Pengarah Cawangan Komuniti Bestari, Encik Harun Madasa menyampaikan taklimat Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan Komuniti Bestari Bahagian Pedalaman Atas Keningau ( Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan )

Komuniti Bestari, satu organisasi sukarela dibawah naungan Jabatan Penerangan Malaysia merupakan peneraju utama maklumat di peringkat akar umbi. Ianya berfungsi sebagai titian maklumat antara rakyat dengan kerajaan dalam penyebaran dasar-dasar, rancangan dan aktiviti kerajaan. Rakyat jelata perlu menimba ilmu secara glokal agar peka dengan suasana sekeliling. Kementerian Penerangan menerusi Jabatan Penerangan telah menubuhkan sebanyak 1,040 Komuniti Bestari seluruh negara, 120 Komuniti Bestari di negeri Sabah dimana mengandungi tidak kurang 40 orang ahli.
Jabatan Penerangan telah menyediakan geran pengurusan tahunan sebanyak RM4,000.00 kepada setiap Komuniti Bestari disamping peruntukan-peruntukan tambahan bagi melaksanakan aktiviti - aktiviti sosio- ekonomi, perpaduan , kenegaraan dan sosial setempat. Komuniti Bestari juga disediakan Anjung Bestari lengkap dengan set komputer untuk memudahkan ahli-ahli Komuniti Bestari dalam pentadbiran serta akses pencarian maklumat-maklumat dalam internet.

Komuniti Bestari juga senentiasa berdamping rapat dan bekerjasama dengan badan-badan kerajaan setempat seperti JKKK, Rukun Tetangga, Rela, Gerakan Daya Wawasan dan pertubuhan Politik Kerajaan. Komuniti Bestari memainkan peranan penting dalam memantapkan hubungan dua hala kerajaan dengan rakyat dan seterusnya mempastikan agar rakyat di beri maklumat yang sahih mengenai hala tuju sebenar kerajaan disamping membantu menggerak minda rakyat dan seterusnya membentuk dan melahirkan rakyat minda kelas pertama.

Ahad, 5 April 2009

NAJIB IKRAR TERUSKAN AGENDA KERAJAAN


Ucap tahniah kerana peralihan kuasa kepimpinan negara berjalan aman dan lancar. Mantan Perdana Menteri, Datuk ( TUN ) Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah menyerahkan tugas Perdana Menteri secara rasmi kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kita junjung kasih dan penghargaan kepada jasa tidak ternilai yang dicurahkan oleh mantan Perdana Menteri untuk menyatupadukan rakyat dan membangun negara tercinta ini . Kita sama - sama imbas kembali kata - kata bestarinya ketika masih menarujui Kerajaan Malaysia yang berbunyi;



' Kekuatan sesebuah negara yang memiliki komposisi rakyat pelbagai agama, kaum dan kebudayaan bergantung kepada kefahaman dan sikap saling menghormati di antara satu sama lain. Ramuan seimbang adalah penting supaya negara bangsa teguh dan kukuh '.



Sementera itu, kita menaruh kepercayaan dan keyakinan tinggi atas keupayaan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang baru. Beliau merupakan pemimpin yang berwibawa, berpengalaman luas serta kredebiliti yang tinggi. Kita bangga dengan ikrar beliau untuk meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, mengstruktur semula masyarakat, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua serta meniup semangat berkobar generasi baru.

Harapan tinggi rakyat kearah menangani kemelut ekonomi global amat diharapkan. Masalah perpaduan dikalangan rakyat juga perlu diambil perhatian serius demi kemakmuran rakyat sejagat.

Jangan lupa mendengar, melihat dan mempertimbangkan kehendak dan aspirasi rakyat Negeri di Bawa Bayu, Sabah.
Tahniah buat YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan selamat bertugas sebagai Perdana Menteri yang adil , saksama lagi bijaksana.

Khamis, 26 Mac 2009

INDUSTRI PARANG MENJANA EKONOMI

Kilang tradisi pembuatan parang. Kelihatan sedang memanaskan besi untuk memudahkan merekabentuk parang mengikut kehendak dan citarasa pembeli.

Seorang surirumah Puan Jaffar Taliban mempamerkan kemahiran membuat parang.

Kemahiran membuat parang diwarisi daripada nenek moyang. Kemahiran yang ada satu legasi buat kebanyakkan penduduk Kg. Nukakatan.

Kilang Parang tradisi kini menngunakan peralatan modern seperti kipas angin, Grinder, cutter dan kuasa tenaga letrik untuk memudahkan kerja membuat parang

Generasi muda tidak segan silu menuntut ilmu membuat parang. Hasil titik peluh mereka pasti membawa hasil lumayan.

Kilang dan peralatan pembuatan parang


Nenek kita menjual hasil produk parang tempatan dengan harga yang berpatutan. Harga sebilah parang bergantung kepada saiz dan senirekanya.


Sebahagian parang yang siap sedia untuk dipasarkan.

Kemudahan telekomunikasi menggunakan tenaga solar yang terdapat di Kg. Nukakatan.

Pemandangan dari jauh terletaknya Sekolah Kebangsaan Nukakatan Tambunan.

Kampung Nukakatan, terletak kira - kira 60 km dari Pekan Tambunan sememangnya satu tempat yang agak jauh terpencil di utara Tambunan namun setiap pengunjung pasti tidak lupa akan keistemewaannya setelah menikmati suasana sepi, nyaman, udara sejuk serta bebas daripada sebarang pencamaran selain sambutan sopan, tertib serta mesra dilakangan pendududk setempat.
Kampung Nukakatan yang diduduki oleh suku kaum Dusun, tidak ketinggalan daripada arus pembangunan yang diberi dan disediakan oleh kerajaan. Pembangunan terkini adalah Pembekalan Letrik Luar bandar yang kini rancak dijalankan. Suasana sepi dan gelap diwaktu malam akan bertukar menjadi terang benderang setelah bekalan letrik ini siap kelak.
Selain bercucuk tanam tanaman jangka pendek dan jangka panjang seperti padi sawah/bukit, sayuran,getah, ternakan binatang, kolam ikan air tawar dan kraftangan sebagai sumber ekonomi, Nukakakan memang terkenal dengan produk parang keluaran penduduk kampung. Industri pembuatan parang di Kampung Nukakatan adalah warisan turun menurun. Boleh dikatakan kesemua isi rumah di Kg. Nukakatan mahir dengan seni pembuatan parang ini.
Puan Jaffar Taliban, seorang suri rumah sepenuhnya berkata pulangan hasil industri pembuatan parang agak lumayan. Ianya dapat menjana pendapatan keluarga. Bagaimanapun, pengusaha kecil - kecilan yang ada, kini menghadapi masalah mendapat bahan asas terutama besi ( Spring Kereta ) kerana bukan sahaja besi mahal tetapi sukar didapati dimana - mana tempat.
Beraneka saiz, bentuk dan senireka parang dijual ditamu mingguan pekan Tambunan dan tamu bulanan di Ranau dengan harga yang berbeza. Pembuat parang mengutamakan pembuatan reka bentuk mengikut citarasa pembeli yang mudah dijual dipasaran. Mereka juga menerima tempahan pembeli mengikut reka bentuk yang dikehendaki.
Pembuat disini jarang sekali membuat parang yang berukiran kerana agak susah mencari pasarannya. Tambahan lagi harga bagi sebilah parang berukiran boleh mencecah RM150 hingga RM200 sebilah.Parang jenis ini hanya untuk cenderhati dan perhiasan sahaja.
Besi terpakai pasti boleh jadi wang. Jangan lepaskan peluang menuntut ilmu membuat parang ini. Masa depannya juga cerah seperti industri - industri lain jika di usahakan sepenuhnya.

Ahad, 22 Mac 2009

Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris ?

Luahan reaksi pro dan kontra terhadap ketetapan Kerajaan menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran Mathematic dan Science disekolah-sekolah harus dilihat dari aspek positifnya. Kedua-dua bahasa ini amat penting jika dilihat sudut memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan penguasaan Bahasa Antarabangsa.
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Maths dan Sains sememangnya wajar dan mempunyai rasional tersendiri. Walaupun Inggeris diajar dalam mata pelajaran bahasa Inggeris tetapi tambahan subjek ini pasti dapat mendidik dan mendedahkan para pelajar menguasai bahasa antarabangsa ini.
Dunia hari ini adalah dunia IT. Jika rakyat kita kurang arif dengan bahasa Inggeris maka penguasaan IT kita disifatkan bagai ' katak dalam tempurung '. Justeru itu, penggunaan Bahasa Inggeri dalam dua mata pelajaran penting ini wajar digunakan disekolah-sekolah.
Tidak dinafikan bahawa pelajar menghadapi masalah mengadaptasi di peringkat permulaan namun perlu kita ingat bahawa tempoh pembelajaran itu memakan masa yang lama.
Kita ingat pada masa yang silam, dimana banyak sekolah-sekolah menggunakan bahasa Inggeris ( sekolah yang dikelolahkan oleh Mission, ) sebagai medium bahasa penghantar. Pada ketika itu, tidak timbul masalah penguasaan bahasa dikalangan pelajar berbagai ethnik. Sistem Pendidikan yang diamalkan di Negeri Sarawak satu contoh yang baik.
Ketetapan kerajaan mengenai isu ini perlu di kaji dan diteliti sedalam-dalamnya demi kepentingan pendidikan anak bangsa kita. Jika boleh, kaji semula rasional mengambalikan dua aliran persekolahan di negara ini iaitu aliran Melayu dan aliran Inggeris. Keperluan dua aliran ini adalah bagi memberi pilihan kepada pelajar-pelajar aliran mana yang boleh membantu mereka memperolehi keputusan cermalang.

SEMAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN MELALUI AKTIVITI RUKUN TETANGGA

Pegawai Perpaduan Daerah Tambunan, Encik John Aping berucap merasmikan majlis Hari Keluarga Kawasan Rukun Tetangga Kg. Nambayan di Dewan Serbaguna Mukim Nambayan.

Pengerusi KRT Kg. Nambayan, Encik Jupirin Kajiun
Sebahagian ahli-ahli KRT yang hadir pada majlis Hari keluarga KRT


Ahli- ahli KRT khusuk mendengar amanat Pegawai Perpaduan Daerah Tambunan.


Encik Anthony Joseph, Ahli KRT menghiburkan hadirin.


Pegawai Perpaduan Daerah Tambunan, Encik John Aping menyeru KRT agar memperbanyakkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian rakyat setempat. Tidak dinafikan bahawa perpaduan itu merupakan satu asas penting bagi membantu kerajaan melaksanakan segala program pembangunan serta misi nasional. Kerajaan melalui Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyediakan jutaan ringgit untuk program-program memperkukuhkan hubungan silaturahim dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Usaha ini akan menjana keharmonian, kesejahteraan serta mengujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan sama-sama menikmati kegemilangan dan kemajuan negara.
KRT dinasihatkan untuk mengajak golongan remaja untuk turut serta dalam program - program yang ada seperti Rakan Muda, Rakan Wanita dan lain-lain. Penglibatan mereka sudah tentu akan menghindar keterlibatan golongan remaja dalam aktiviti negatif yang pasti meruntuhkan moral dan merugikan.
KRT juga harus berganding bahu dengan badan -badan kerajaan yang lain seperti JKKK, RELA
dan Kelab Belia agar memudahkan pelaksanaan aktiviti - aktiviti .

Rabu, 18 Mac 2009

MEDIA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Encik Ibrahim Jahar, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah berucap di Majlis Bersama media
di Mini Dewan, Perpustakaan Wilayah Keningau.

YB Encik Justin Guka, ADUN N.33 Bingkor berucap merasmikan Majlis Bersama Media Bahagian Pedalaman Atas Keningau.

Sebahagian Wartawan / Pengamal Media Bahagian Pedalaman Atas yang hadir dimajlis ini.
Tidak dinafikan bahawa media massa, sama ada media eletronik, cetak, internet dan blog memainkan peranan penting dalam pembangunan minda rakyat kearah kestabilan, keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan negara. YB. Encik Justin Guka, Wakil Rakyat N.33 Bingkor melahirkan pandangan ini ketika merasmikan majlis bersama media di Keningau pada 18.03.2009.
Pengamal Media di sekitar Bahagian Keningau dinasihatkan supaya memainkan peranan penting dalam menyampai mesej - mesej kerajaan dengan cepat, tepat dan sahih kepada rakyat jelata. Isu - isu panas tidak harus diputarbelitkan semata-mata mengelirukan pemikiran rakyat dimana akhirnya menyemarakkan hati rakyat untuk membenci pemimpin serta kerajaan semasa.
Walaupun negara ini mengamalkan kebebasan bersuara dalam apa juga saluran media, namun kita harus bertanggungjawab sepenuhnya akan impak negatif yang berlaku. Justeru itu, pengamal Media harus sedar akan pentingnya peranan mereka membantu kerajaan memperjelaskan isu - isu yang senentiasa di putar belitkan oleh pihak -pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam kesempatan yang ada, YB Encik Justin Guka membidas segelintir kontraktor-kontraktor projek kerajaan yang gagal menyiapkan projek kerajaan mengikut piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan. Tindakan mereka semata-mata ingin mengaut keuntungan tinggi tetapi amat merugikan rakyat dan kerajaan.
Pengamal media yang hadir adalah daripada Jabatan Penerangan, RTM, Berita Harian, New Sabah Times, Daily Express dan Borneo Post.