Isnin, 8 Disember 2008

TAMBUNAN SECARA RINGKAS


Daerah Tambunan terletak paling utara dalam Bahagian Pedalam Atas, iaitu di garis bujur( longitude ) 5'55'N - 5'30 N dan garis lintang ( latitude ) 116035É - 116010E.Enam daerah yang bersempadanan ialah daerah Ranau di Timur Laut,Kinabatangan di Tenggara, Keningau di Selatan, Papar dan Penampang di Barat dan Tuaran di Barat Laut dan Utara. Keluasan daerah ialah 134,540 hektar.
Tambunan terbahagi kepada tjuh Mukim iaitu Mukim Mensorulung, Nambayan, Lintuhon, Toboh, Sunsuron, Patau dan Kerokot.
Nama TAMBUNAN wujud hasil gabungan dua nama pahlawan agung Tambunan di masa silam iaitu TAMADUN DAN GAMBUNAN.
Seperti daerah-daerah yang lain, Tambunan juga sedang pesat menikmati pelbagai pembangunan prasarana dalam aspek infrastruktur, pendidikan, kesihatan, pertanian dan pelancongan hasil pemberian Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Perkembangan ini adalah hasil usaha gigih Wakil Rakyat yang juga Ahli Parlimen , Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan dengan kerjasama padu oleh agensi-agensi pelaksana kerajaan di peringkat daerah.
Tambunan sememangnya beriklim sederhana sejuk dan digelar 'Switzerland Of The East' oleh para pengunjung dan amat sesuai dimajukan untuk destinasi pelancongan. Tempat - tempat yang menarik untuk di kunjungi antara lain Gunung Trus Madi, Mahua Waterfall, Pusat Pelacongan Rafflesia, Tambunan Village Resort Centre dan banyak lagi.
PENDUDUK - 27,825 orang ( Banci penduduk 2002)
  • Kadazandusun - 24,586 orang
  • Cina - 284 orang
  • Bajau - 217 orang
  • Melayu - 348 orang
  • Murut - 161 orang
  • Bumiputera lain - 640 orang
  • Bukan Warganegara - 1,589 orang

PENGGUNAAN TANAH

  • Pertanian - 4,453 hektar
  • Hutan Simpan Kelas II - 27,239 hektar
  • Hutan Simpan Kelas IV - 356.00 hektar
  • Taman Negara - 17,592 hektar
  • Padang Ragut - 2,865 hektar
  • Skim Apin-Apin - 4,452 hektar
  • Tanah milik kerajaan - 82,036 hektar
  • Tanah bergeran - 20,030 hektar

AKTIVITI EKONOMI PENDUDUK

  • Kegiatan Pertanian - 90%
  • Perkhidmatan Awam/Swasta - 4.19%
  • Perindustrian - 0.04 %
  • Penternakan Ikan Air Tawar - 1.03%
  • Peniaga / Usahawan - 1.43%



Tiada ulasan: