Ahad, 12 April 2009

KOMUNITI BESTARI PENERAJU MAKLUMAT AKAR UMBI

Ustaz Ramlin Hj Asri, Pengerusi Komuniti Bestari Kg. Babagon Baru Tambunan.

Encik Jaspher James, Pengerusi Komuniti Bestari Kg. Lintuhon, Tambunan.

Encik Dzulhanin Hasni, Wakil Pengarah Penerangan Sabah menyampaikan replika cek RM4,000.00 Geran Pengurusan Komuniti Bestari 2009 kepada Pengerusi Komuniti Bestari Kg. Banjar Keningau.

Encik Doni Kamaruddin, Pengerusi Komuniti Bestari Kg. Marampong Keningau menerima replika cek pengurusan Komuniti Bestari 2009.

Sebahagian peserta yang hadir khusuk mendengar taklimat pentadbiran dan pengurusan kewangan di Dewan Arked Keningau pada 10hb. Mei, 2009.

Penolong Pengarah Cawangan Komuniti Bestari, Encik Harun Madasa menyampaikan taklimat Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan Komuniti Bestari Bahagian Pedalaman Atas Keningau ( Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan )

Komuniti Bestari, satu organisasi sukarela dibawah naungan Jabatan Penerangan Malaysia merupakan peneraju utama maklumat di peringkat akar umbi. Ianya berfungsi sebagai titian maklumat antara rakyat dengan kerajaan dalam penyebaran dasar-dasar, rancangan dan aktiviti kerajaan. Rakyat jelata perlu menimba ilmu secara glokal agar peka dengan suasana sekeliling. Kementerian Penerangan menerusi Jabatan Penerangan telah menubuhkan sebanyak 1,040 Komuniti Bestari seluruh negara, 120 Komuniti Bestari di negeri Sabah dimana mengandungi tidak kurang 40 orang ahli.
Jabatan Penerangan telah menyediakan geran pengurusan tahunan sebanyak RM4,000.00 kepada setiap Komuniti Bestari disamping peruntukan-peruntukan tambahan bagi melaksanakan aktiviti - aktiviti sosio- ekonomi, perpaduan , kenegaraan dan sosial setempat. Komuniti Bestari juga disediakan Anjung Bestari lengkap dengan set komputer untuk memudahkan ahli-ahli Komuniti Bestari dalam pentadbiran serta akses pencarian maklumat-maklumat dalam internet.

Komuniti Bestari juga senentiasa berdamping rapat dan bekerjasama dengan badan-badan kerajaan setempat seperti JKKK, Rukun Tetangga, Rela, Gerakan Daya Wawasan dan pertubuhan Politik Kerajaan. Komuniti Bestari memainkan peranan penting dalam memantapkan hubungan dua hala kerajaan dengan rakyat dan seterusnya mempastikan agar rakyat di beri maklumat yang sahih mengenai hala tuju sebenar kerajaan disamping membantu menggerak minda rakyat dan seterusnya membentuk dan melahirkan rakyat minda kelas pertama.

1 ulasan:

izanie@mattel99 berkata...

diharap dapat menghubungi sahabat lama ustaz ramlin bin hj asri pengerusi komuniti bestari kg babagon baru tambunan diharap dapat menghubungi fairulizanie99@yahoo.com supaya persahabatan dahulu kembali terjalin. dari sahabat lama izanie99@mattel KL selangor... diharap dapat menghubungi segera .asskum....