Ahad, 5 April 2009

NAJIB IKRAR TERUSKAN AGENDA KERAJAAN


Ucap tahniah kerana peralihan kuasa kepimpinan negara berjalan aman dan lancar. Mantan Perdana Menteri, Datuk ( TUN ) Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah menyerahkan tugas Perdana Menteri secara rasmi kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kita junjung kasih dan penghargaan kepada jasa tidak ternilai yang dicurahkan oleh mantan Perdana Menteri untuk menyatupadukan rakyat dan membangun negara tercinta ini . Kita sama - sama imbas kembali kata - kata bestarinya ketika masih menarujui Kerajaan Malaysia yang berbunyi;



' Kekuatan sesebuah negara yang memiliki komposisi rakyat pelbagai agama, kaum dan kebudayaan bergantung kepada kefahaman dan sikap saling menghormati di antara satu sama lain. Ramuan seimbang adalah penting supaya negara bangsa teguh dan kukuh '.



Sementera itu, kita menaruh kepercayaan dan keyakinan tinggi atas keupayaan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang baru. Beliau merupakan pemimpin yang berwibawa, berpengalaman luas serta kredebiliti yang tinggi. Kita bangga dengan ikrar beliau untuk meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, mengstruktur semula masyarakat, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua serta meniup semangat berkobar generasi baru.

Harapan tinggi rakyat kearah menangani kemelut ekonomi global amat diharapkan. Masalah perpaduan dikalangan rakyat juga perlu diambil perhatian serius demi kemakmuran rakyat sejagat.

Jangan lupa mendengar, melihat dan mempertimbangkan kehendak dan aspirasi rakyat Negeri di Bawa Bayu, Sabah.
Tahniah buat YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan selamat bertugas sebagai Perdana Menteri yang adil , saksama lagi bijaksana.

Tiada ulasan: