Selasa, 2 Jun 2009

APA SUDAH JADI DENGAN AKHLAK REMAJA KITA ?






Begini teruk kerosakan harta benda pengunjung yang dirosakkan oleh sekumpulan remaja mabuk diKg. Tondulu, Tambunan pada 31/05 /2009 dimana pada akhir di berkas dan dikerah membayar kesemua kos baik pulih motosikal ini.

Bulan Mei dan Jun setiap tahun, rakyat pelbagai kaum sama-sama meraikan sambutan Pesta Kaamatan 2009 sama ada diperingkat kampung, mukim, daerah dan negeri untuk sama -sama menegakkan kebudayaa suku kaum Kadazandusun dan Murut dalam merialisasikan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan ilham Perdana Menteri Malaysia.

Bagi daerah Tambunan, sambutan perayaan Pesta Kaamatan dilihat tidak lengkap jika hidangan minuman tradisi ( tapai ) tidak disajikan. Ianya satu kemestian yang perlu dinikmati oleh tetamu, rakan taulan dan sahabat handai yang berhimpun selain menonton persembahan-persembahan tradisi antara lain, sugandoi,ratu cantik, sukan tradisi dan banyak lagi.

Persoalannya, sejauh manakah pemahaman golongan remaja terhadap erti sebenar perayaan pesta Kaamatan dan kesan positif kepada perpaduan negara. Hakikat ini perlu diperjelaskan seluasnya kerana baru-baru ini, tindakan agresif segelintir golongan remaja terhadap pengunjung amat memalukan suku kaum Kadazandusun khususnya dan negeri dan negara amnya. Tindakan segelintir remaja merosakkan motosikal yang digunakan oleh pengunjung sehingga rosak teruk sepatutnya tidak ada dalam kamus hati sanubari rakyat setelah negara merdeka sekian lama. Tambahan pun, usaha murni kerajaan menerapkan nilai-nilai murni, hormat-menghormati dan bersopan santun sepatutnya sudah dijiwai oleh masyarakat majmok kini.

Tiada ulasan: