Khamis, 18 Jun 2009

PROGRAM INFO BESTARI MENFAAT PENDUDUK SETEMPAT

Program Info Bestari anjuran Jabatan Penerangan dengan Komuniti Bestari Kg. Lintuhon Tambunan pada 9hb. Jun, 2009 bertempat di Balai Masyarakat Kg. Lintuhun Tambunan.

Sebahagian hadirin / ahli-ahli Komuniti Bestari dan Masyarakat Kampung yang hadir.

Hadirin sangat khusuk mendengar amanat / mesej yang disampaikan oleh pemimpin.


Seramai 150 orang hadir menjayakan program Info Bestari Kg. Lintuhon Tambunan.

Para berbaris hadirin meminta perkhdmatan pemeriksaan kesihatan di kaunter Jabatan Kesihatan Tambunan


PP Sam Bin Mansibu antara orang ramai yang rela menderma darah untuk Tabung Darah Hospital Daerah Tambunan pada program Info Bestari Kg. Lintuhon.

Tetamu Kehormat YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah/Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah merangkap ADUN Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau di Program Info Bestari Kg. Babagon Baru Tambunan pada 11hb. Jun, 2009

Penolong Pengarah Cawangan Komuniti Bestari Negeri Sabah, Tuan Harun Madasa sedang berucap bagi pihak Pengarah Penerangan Sabah.

Pengerusi Komuniti Bestari Daerah merangkap Pegawai Daerah Tambunan, Tuan Thomas Angor juga memberi ucapan pada majlis pelancaran program Info Bestari Kg. Babagon Baru Tambunan.

YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan berucap dan seterusnya merasmikan Program Info Bestari di Kg. Babagon Baru Tambunan.

Sebahagian orang ramai yang telah menderma darah untuk Tabung Darah Hospital Daerah Tambunan.
Program Info Bestari anjuran Jabatan Penerangan dengan kerjasama Komuniti Bestari mampu menyalurkan maklumat sahih kerajaan dengan tepat dan cepat. Keberkesanan ini terbukti memberi manafaat kepada penduduk setempat setelah beberapa agensi kerajaan seperti Hospital Daerah, Jabatan Pertanian, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan PDRM Cawangan Anti Narkotik membuka kaunter masing-masing pada program Info Bestari di Kg. Lintuhun pada 9hb. Jun, 2009 dan di Kg. Babagon Baru pada 11hb. Jun, 2009. Sambutan ahli-ahli Komuniti Bestari/penduduk setempat mengunjungi kaunter-kaunter untuk meminta penerangan, penjelasan dan perkhidmatan insitu amat menggalakkan.
Selain berjaya memberi input-input maklumat positif kepada ahli-ahli Komuniti Bestari , ia juga dapat merapatkan hubungan tali silaturahim antara pemimpin, Jabatan-Jabatan Kerajaan dengan rakyat di peringkat akar umbi.
Komuniti Bestari, selaku mata, telinga dan mulut rasmi kerajaan atau peneraju maklumat diperingkat akar umbi banyak mendapat faedah terutama dalam soal maklumat sistem penyampaian kerajaan menerusi agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Dalam sudut lain, konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, satu gagasan yang diasaskan oleh Perdana Menteri untuk memperkasakan perpaduan rakyat kearah mencapai Wawasan 2020 Negara juga telah diperjelaskan dengan sedalam-dalamnya agar konsep ini tidak dimanipulasi oleh golongan tidak bertanggungjawab.
Hubungan akrab pemimpin dengan rakyat satu asas penting dalam kestabilan kerajaan /politik pembangunan negara yang berterusan . Justeru itu, maklumat -maklumat sahih, tepat dan cepat perlu disalurkan agar rakyat senentiasa peka, faham dan seterusnya berdiri teguh menyokong kepimpinan kerajaan yang ada. Rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan propoganda yang di taburkan oleh pembangkang.
Ahli komuniti harus bijaksana menilai kebenaran maklumat-maklumat yang diterima, didengar, dilihat dan dibaca dari masa kesemasa agar tidak terpesong daripada landasan sebenar.


2 ulasan:

izanie@mattel99 berkata...

pencarian sahabat lama ustaz ramlin bin hj asri pengerusi komuniti bistari kg babagon baru tambunan di harap dapat menghubungi fairulizanie99@yahoo.com setelah lama terputus persahatan yang lama diharap kembali terjalin. asskum...

izanie@mattel99 berkata...

diharap dpt memberitahu kpd sesiapa mengenali ustaz ramlin hj asri dr kg babagoon tambunan sabah...alamat email sy fairulizanie99@yahoo.com