Rabu, 4 November 2009

MINTA BONUS SALAH DARI SEGI MORAL

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam ( CUEPACS ) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan sebagai salah dari segi moral dalam suasana ekonomi negara hanya diambang pemulihan.
Kakitangan sektor awam yang berjumlah 1.2 juta tentu sekali amat kecewa dengan jawapan PM . Tuntutan CUEPACS ini adalah murni bagi membelah kebajikan kakitangan sektor perkhidmatan awam disamping menghargai sumbangan sektor awam kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Kakitangan sektor awam termasuk pesara hanya diberi 'Bantuan Khas ' sebanyak RM500.00 sahaja pada tahun ini . Amaun ini jauh tidak mencukupi bagi menampung keperluan kepada golongan penjawat awam diperingkat sokongan terutama menjelang awal tahun dimana lajimnya memerlukan sedikit wang tambahan untuk membiayai bayaran pelbagai keperluan termasuklah persekolahan anak-anak.
Disebaliknya pula, kerajaan memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih berkesan dan setimpal terutama kepada pegawai serta kakitangan awam yang menunjukkan prestasi cemerlang.
Bila ianya dilaksanakan?. Kaedah pelaksanaan hanya menguntungkan segelintir penjawat awam sahaja sebagaimana berlaku sebelum ini.
Sebagai agen pelaksana dasar-dasar kerajaan, adalah wajar bagi PM untuk meneliti semula tuntutan CUEPACS demi kepentingan dan kebaikan bersama.

Tiada ulasan: