Khamis, 5 November 2009

PETANI KG. TIGA DAN KG.KIHUKAD HILANG PENDAPATAN TAATKALA JALAN KAMPUNG PUTUS



5th November, 2009 ( New Sabah Times )

( TAMBUNAN: Kira-kira 100 petani yang menetap di Kg. Tiga dan Kihukad, 40 km dari pekan kecil Tambunan, mendakwa kerugian beribu-ribu ringgit setiap kali jalan penghubung ke kampung mereka terputus.
Menurut penduduk, setiap kali hujan jalan raya sejauh 12 km dari jalan besar itu mengalami runtuh, di samping di beberapa lokasi yang lain becak dan tidak boleh dilalui oleh sebarang jenis kenderaan. )

Begitulah keluhan dan rintihan penduduk Kampung Tiga dan Kampung Kihukad ekoran masalah perhubungan jalan raya terutama sekali di musim tengkuju. Keluhan dan rintihan mereka diluahkan menerusi akhbar tempatan New Sabah Times.
Kasihan para penduduk, yang terdiri daripada petani , di kedua-dua kampung berkenaan kerana menghadapi masalah besar mengeluarkan hasil-hasil pertanian mereka seperti getah, halia, tanaman kontan dan ternakan.
Pihak berwajib terutama Wakil Rakyat perlu mengambil perhatian serius terhadap permasalahan rakyat luar bandar. Sesuai dengan tema Konsep 1 Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian di utamakan, kerajaan perlu prehatin dan pantas menangani permasalahan rakyat.Para pegawai-pegawai agensi kerajaan yang berkaitan serta pemimpin masyarakat peringkat daerah wajar turun padang melihat permasalahan rakyat secara dekat.
Penduduk kedua-dua kampung berkenaan menyifatkan mereka bagaikan ' ayam dalam raban ' dan terputus dengan dunia luar. Pendapatan hasil keringat bertani juga hilang begitu sahaja.
Dalam sudut lain, penduduk kampung -kampung berkenaan amat memerlukan penyelenggaraan jalan raya sejauh 12 km bagi memudahkan anak-anak mereka ke sekolah, keluar pekan serta mendapat rawatan hospital /dispensari.
Suaratambunan turut rasa sedih apabila membaca menerusi akhbar permasalahan penduduk kedua-dua kampung dengan harapan dapat diatasi dan ditangani sewajarnya.

Tiada ulasan: