Khamis, 26 Mac 2009

INDUSTRI PARANG MENJANA EKONOMI

Kilang tradisi pembuatan parang. Kelihatan sedang memanaskan besi untuk memudahkan merekabentuk parang mengikut kehendak dan citarasa pembeli.

Seorang surirumah Puan Jaffar Taliban mempamerkan kemahiran membuat parang.

Kemahiran membuat parang diwarisi daripada nenek moyang. Kemahiran yang ada satu legasi buat kebanyakkan penduduk Kg. Nukakatan.

Kilang Parang tradisi kini menngunakan peralatan modern seperti kipas angin, Grinder, cutter dan kuasa tenaga letrik untuk memudahkan kerja membuat parang

Generasi muda tidak segan silu menuntut ilmu membuat parang. Hasil titik peluh mereka pasti membawa hasil lumayan.

Kilang dan peralatan pembuatan parang


Nenek kita menjual hasil produk parang tempatan dengan harga yang berpatutan. Harga sebilah parang bergantung kepada saiz dan senirekanya.


Sebahagian parang yang siap sedia untuk dipasarkan.

Kemudahan telekomunikasi menggunakan tenaga solar yang terdapat di Kg. Nukakatan.

Pemandangan dari jauh terletaknya Sekolah Kebangsaan Nukakatan Tambunan.

Kampung Nukakatan, terletak kira - kira 60 km dari Pekan Tambunan sememangnya satu tempat yang agak jauh terpencil di utara Tambunan namun setiap pengunjung pasti tidak lupa akan keistemewaannya setelah menikmati suasana sepi, nyaman, udara sejuk serta bebas daripada sebarang pencamaran selain sambutan sopan, tertib serta mesra dilakangan pendududk setempat.
Kampung Nukakatan yang diduduki oleh suku kaum Dusun, tidak ketinggalan daripada arus pembangunan yang diberi dan disediakan oleh kerajaan. Pembangunan terkini adalah Pembekalan Letrik Luar bandar yang kini rancak dijalankan. Suasana sepi dan gelap diwaktu malam akan bertukar menjadi terang benderang setelah bekalan letrik ini siap kelak.
Selain bercucuk tanam tanaman jangka pendek dan jangka panjang seperti padi sawah/bukit, sayuran,getah, ternakan binatang, kolam ikan air tawar dan kraftangan sebagai sumber ekonomi, Nukakakan memang terkenal dengan produk parang keluaran penduduk kampung. Industri pembuatan parang di Kampung Nukakatan adalah warisan turun menurun. Boleh dikatakan kesemua isi rumah di Kg. Nukakatan mahir dengan seni pembuatan parang ini.
Puan Jaffar Taliban, seorang suri rumah sepenuhnya berkata pulangan hasil industri pembuatan parang agak lumayan. Ianya dapat menjana pendapatan keluarga. Bagaimanapun, pengusaha kecil - kecilan yang ada, kini menghadapi masalah mendapat bahan asas terutama besi ( Spring Kereta ) kerana bukan sahaja besi mahal tetapi sukar didapati dimana - mana tempat.
Beraneka saiz, bentuk dan senireka parang dijual ditamu mingguan pekan Tambunan dan tamu bulanan di Ranau dengan harga yang berbeza. Pembuat parang mengutamakan pembuatan reka bentuk mengikut citarasa pembeli yang mudah dijual dipasaran. Mereka juga menerima tempahan pembeli mengikut reka bentuk yang dikehendaki.
Pembuat disini jarang sekali membuat parang yang berukiran kerana agak susah mencari pasarannya. Tambahan lagi harga bagi sebilah parang berukiran boleh mencecah RM150 hingga RM200 sebilah.Parang jenis ini hanya untuk cenderhati dan perhiasan sahaja.
Besi terpakai pasti boleh jadi wang. Jangan lepaskan peluang menuntut ilmu membuat parang ini. Masa depannya juga cerah seperti industri - industri lain jika di usahakan sepenuhnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam mane yang dikatakan sebagai membaja besi... saye kurang paham tentang tu..