Khamis, 10 Disember 2009

RAMAILAH JADI ANDARTU ! !

KOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua."Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu," katanya.
Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.
Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu. - Bernama ( Berita Harian Metro - 11/12/09 )
kalau kita fikir sedalam-dalamnya, ada juga lojiknya komen Menteri Besar kelantan ini berhubungan dengan keputusan kerajaan negeri Selangor menaikkan kadar mas kahwin mulai Januari tahun hadapan. Apa gunanya menaikan kadar bayaran mas kahwin. Yang penting adalah kebahagian dan masa depan yang cerah kepada kedua-dua pasangan. kenaikan kadar mas kahwin semata-mata membebankan pasangan terutama si laki-laki.
Bagaimanapun, dalam suasana ekonomi lembab serta nilai ringgit kita menurun, kenaikan itu tidak dapat di nafikan. Semua barangan keperluan terutama 'emas 'sudah tentu melonjak tinggi dipasaran. Apa yang kita boleh beli mas kahwin dengan harga RM80?. Tembaga, mungkin dapat..
Janganlah jadikan hantaran mas kahwin faktor meningkatnya bilangan andartu dan bujang terlajak di negara ini. Runding dan timbang tara secara wajar kedua belah pihak akan jumlah bayaran hantaran yang tidak membebankan pihak lelaki. Jangan biarkan menantu kita muflis kerana lebih berhutang untuk langsaikan hantaran.Jangan biarkan pasangan merana untuk memulakan hidup baru sebagai suami isteri selepas perkahwinan.

Tiada ulasan: