Isnin, 19 Oktober 2009

ANWAR TIDAK PERCAYA JEFFREY ?

Merujuk kepada petikan akhbar Utusan Malaysia tanggal 19 Oktober, 2009 mengenai kemelut dalaman kepimpinan Parti Keadilan negeri Sabah yang menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi percaya dan yakin akan kepimpinan Datuk Dr. Jeffrey Datuk Kitingan selaku Naib Presiden Parti Keadilan kebangsaan atas alasan kegagalannya mempengaruhi pengundi negeri Sabah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu sebagaimana berlaku pada empat negeri di Semananjung Malaysia. Sabah dan Sarawak kini di label sebagai 'Fixed Deposit ' kerajaan Barisan Nasional.
Justeru, melantik Azmin Ali sebagai Ketua perhubungan Parti Keadilan negeri Sabah.
Apapun krisis dalaman kepimpinan parti Keadilan, yang jelas perjuangan, pengorbanan serta kelantangan Datuk Dr. Jeffrey Datuk Kitingan menuntut keadilan dan hak asasi rakyat negeri Sabah tidak ada nilai serta tidak dihargai oleh pemimpin Keadilan pusat.
Jika ini benar belaka, buat apa tunggu lama dalam kem pembangkang. Perjuangan sia-sia sahaja. Lebih baik rujuk balik ke pangkuan Barisan Nasional untuk sama-sama membangun rakyat dan negara.
Saya yakin pengikut setia Datuk Dr. Jeffrey Kitingan akan merestui keputusan dan tindakan murni Datuk untuk rujuk semula ke pangkuan Barisan Nasional menerusi mana-mana parti Komponennya.
Jangan buang masa, tenaga serta pulus Datuk semata-mata untuk keuntungan segelintir pemimpin Keadilan yang hipokrit.
Tuhan akan sentiasa bersama dan melindungi jasa, perjuangan serta pergorbanan Datuk yang ikhlas dan murni.
Selamat berjuang.

Tiada ulasan: