Selasa, 13 Oktober 2009

KELAS PENGAJARAN BAHASA MANDARIN DAN TAMIL SEMASA WAKTU PERSEKOLAHAN.

Kementerian Pelajaran bercadang memperkenalkan kelas bahasa Mandarin dan Tamil semasa waktu persekolahan biasa di semua sekolah rendah seluruh negara bertujuan menarik minat pelajar bukan Melayu memasuki sekolah kebangsaan !
Bunyinya nampak cantik tetapi apa kata pelajar kaum bumiputra dan pengurusan sekolah.
Jika dilihat rasionalnya, ia baik bagi memperkukuhkan perpaduan dikalangan pelajar pelbagai etnik. Ia juga selaras dengan konsep 1 Malaysia. Ia juga sangat baik bagi golongan pelajar bumiputera bagi menguasai dua bahasa tambahan.
Bagaimanapun, cadangan ini dikhuatiri membebankan pelajar bumiputera kerana tambahan mata pelajaran bahasa Mandarin dan Tamil.
Dalam sudut lain, jika di implementasi, ianya memberi ruang dan peluang luas bagi kerjaya Guru .
Pasti tambahan guru terlatih khusus untuk bahasa Mandarin dan Tamil akan ditambah.
Apapun, jika ia membawa menfaat kepada peningkatan pendidikan dan perpaduan negara, tidak ada sebab cadangan ini tidak dilaksanakan. Di Sabah, mungkin bahasa Mandarin lebih sesuai dan diminati oleh pelajar-pelajar bumiputera sebagai bahasa ketiga.
Jika tidak biarlah dua-dua bahasa ini sebagai mata pelajaran optional atau diajar di sekolah jenis kebangsaan atau swasta sahaja.

Tiada ulasan: