Ahad, 22 Mac 2009

Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris ?

Luahan reaksi pro dan kontra terhadap ketetapan Kerajaan menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran Mathematic dan Science disekolah-sekolah harus dilihat dari aspek positifnya. Kedua-dua bahasa ini amat penting jika dilihat sudut memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan penguasaan Bahasa Antarabangsa.
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Maths dan Sains sememangnya wajar dan mempunyai rasional tersendiri. Walaupun Inggeris diajar dalam mata pelajaran bahasa Inggeris tetapi tambahan subjek ini pasti dapat mendidik dan mendedahkan para pelajar menguasai bahasa antarabangsa ini.
Dunia hari ini adalah dunia IT. Jika rakyat kita kurang arif dengan bahasa Inggeris maka penguasaan IT kita disifatkan bagai ' katak dalam tempurung '. Justeru itu, penggunaan Bahasa Inggeri dalam dua mata pelajaran penting ini wajar digunakan disekolah-sekolah.
Tidak dinafikan bahawa pelajar menghadapi masalah mengadaptasi di peringkat permulaan namun perlu kita ingat bahawa tempoh pembelajaran itu memakan masa yang lama.
Kita ingat pada masa yang silam, dimana banyak sekolah-sekolah menggunakan bahasa Inggeris ( sekolah yang dikelolahkan oleh Mission, ) sebagai medium bahasa penghantar. Pada ketika itu, tidak timbul masalah penguasaan bahasa dikalangan pelajar berbagai ethnik. Sistem Pendidikan yang diamalkan di Negeri Sarawak satu contoh yang baik.
Ketetapan kerajaan mengenai isu ini perlu di kaji dan diteliti sedalam-dalamnya demi kepentingan pendidikan anak bangsa kita. Jika boleh, kaji semula rasional mengambalikan dua aliran persekolahan di negara ini iaitu aliran Melayu dan aliran Inggeris. Keperluan dua aliran ini adalah bagi memberi pilihan kepada pelajar-pelajar aliran mana yang boleh membantu mereka memperolehi keputusan cermalang.

Tiada ulasan: