Rabu, 18 Mac 2009

MEDIA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Encik Ibrahim Jahar, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah berucap di Majlis Bersama media
di Mini Dewan, Perpustakaan Wilayah Keningau.

YB Encik Justin Guka, ADUN N.33 Bingkor berucap merasmikan Majlis Bersama Media Bahagian Pedalaman Atas Keningau.

Sebahagian Wartawan / Pengamal Media Bahagian Pedalaman Atas yang hadir dimajlis ini.
Tidak dinafikan bahawa media massa, sama ada media eletronik, cetak, internet dan blog memainkan peranan penting dalam pembangunan minda rakyat kearah kestabilan, keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan negara. YB. Encik Justin Guka, Wakil Rakyat N.33 Bingkor melahirkan pandangan ini ketika merasmikan majlis bersama media di Keningau pada 18.03.2009.
Pengamal Media di sekitar Bahagian Keningau dinasihatkan supaya memainkan peranan penting dalam menyampai mesej - mesej kerajaan dengan cepat, tepat dan sahih kepada rakyat jelata. Isu - isu panas tidak harus diputarbelitkan semata-mata mengelirukan pemikiran rakyat dimana akhirnya menyemarakkan hati rakyat untuk membenci pemimpin serta kerajaan semasa.
Walaupun negara ini mengamalkan kebebasan bersuara dalam apa juga saluran media, namun kita harus bertanggungjawab sepenuhnya akan impak negatif yang berlaku. Justeru itu, pengamal Media harus sedar akan pentingnya peranan mereka membantu kerajaan memperjelaskan isu - isu yang senentiasa di putar belitkan oleh pihak -pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam kesempatan yang ada, YB Encik Justin Guka membidas segelintir kontraktor-kontraktor projek kerajaan yang gagal menyiapkan projek kerajaan mengikut piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan. Tindakan mereka semata-mata ingin mengaut keuntungan tinggi tetapi amat merugikan rakyat dan kerajaan.
Pengamal media yang hadir adalah daripada Jabatan Penerangan, RTM, Berita Harian, New Sabah Times, Daily Express dan Borneo Post.

Tiada ulasan: