Ahad, 22 Mac 2009

SEMAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN MELALUI AKTIVITI RUKUN TETANGGA

Pegawai Perpaduan Daerah Tambunan, Encik John Aping berucap merasmikan majlis Hari Keluarga Kawasan Rukun Tetangga Kg. Nambayan di Dewan Serbaguna Mukim Nambayan.

Pengerusi KRT Kg. Nambayan, Encik Jupirin Kajiun
Sebahagian ahli-ahli KRT yang hadir pada majlis Hari keluarga KRT


Ahli- ahli KRT khusuk mendengar amanat Pegawai Perpaduan Daerah Tambunan.


Encik Anthony Joseph, Ahli KRT menghiburkan hadirin.


Pegawai Perpaduan Daerah Tambunan, Encik John Aping menyeru KRT agar memperbanyakkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian rakyat setempat. Tidak dinafikan bahawa perpaduan itu merupakan satu asas penting bagi membantu kerajaan melaksanakan segala program pembangunan serta misi nasional. Kerajaan melalui Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyediakan jutaan ringgit untuk program-program memperkukuhkan hubungan silaturahim dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Usaha ini akan menjana keharmonian, kesejahteraan serta mengujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan sama-sama menikmati kegemilangan dan kemajuan negara.
KRT dinasihatkan untuk mengajak golongan remaja untuk turut serta dalam program - program yang ada seperti Rakan Muda, Rakan Wanita dan lain-lain. Penglibatan mereka sudah tentu akan menghindar keterlibatan golongan remaja dalam aktiviti negatif yang pasti meruntuhkan moral dan merugikan.
KRT juga harus berganding bahu dengan badan -badan kerajaan yang lain seperti JKKK, RELA
dan Kelab Belia agar memudahkan pelaksanaan aktiviti - aktiviti .

Tiada ulasan: