Khamis, 12 Februari 2009

FAHAMI DAN AMALKAN PRINSIP RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA yang digubal pada tahun 1970 banyak membawa pengertian dan kebaikan kepada masyarakat majmok di Malaysia. Lima Prinsip Rukun Negara yang didokong oleh rakyat Malaysia memperkukuhkan perpaduan di negara. Kemajuan Malaysia yang berlandaskan acuan sendiri tercapai ekoran kestabilan politik, ekonomi serta perpaduan jitu berteraskan kepada lima prinsip Rukun Negara iaitu:

1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
3. Keluruhan Perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan.


Kefahaman yang lebih jelas wajar diturunkan kepada generasi baru yang bekal mengabil alih teraju kepimpinan negara. Penerangan dan semaian pengertian ertakata dan makna sebenar Rukun Negara perlu di terapkan kepada anak-anak bangsa bermula dari rumah, sekolah dan selepas alam persekolahan. Kejayaan Rukun Negara sebagai dokongan hidup bermasyarakat di negara ini satu legasi yang mesti dipertahankan. Tanggungjawab ini wajar dipikul oleh semua warganegara tanpa mengira kaum, darjat, agama dan budaya.
Negara Malaysia sering mendapat pujian oleh negara luar akan kejayaan membangun negara walhal dihuni oleh masyarakat majmok. Formula menggunakan Prinsip-Prinsip Rukun Negara untuk menyatu padukan rakyat jelata membawa negara ini ke arah mencapai misi nasional menjelang tahun 2020.
Pengaruh import seperti budaya kuning, yang bekal merosakkan akhlak mulia masyarakat patut dihindari dan dijauhi. Pertahankan tatasusila dan budaya murni kita agar kita seling hormat-menghormati sesama sendiri. Amalan positif pasti membawa rahmat, amalan negatif akan membawa keruntuhan dan perpecahan.
Prinsip - Prinsip Rukun Negara wajar di dokong, difahami dan diamalkan, elakkan perpecahan.

Tiada ulasan: