Rabu, 4 Februari 2009

Kerajaan PR Perak bagai telur dihujung tanduk.

Tindakan beberapa ADUN PR Negeri Perak, dua dari PKR dan Satu dari DAP keluar parti dan masuk Barisan Nasional telah mengakibatkan kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat bagaikan telur di hujung tanduk. Kerajaan Pakatan RakyatNegeri Perak akan tumpas di tangan BN kerana kehilangan majoriti Dewan Undangan Negeri.
Tindakan ADUN-ADUN berkenaan disifatkan sebagai tidak beretika , lupa diri serta tamak akan kuasa dan kedudukan.
Suara Tambunan berpandangan agar Dewan Undangan Negeri yang hanya berusia 10 bulan dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya umum negeri untuk menguji populariti calon, BN serta Pakatan Rakyat.
Para pengundi harus menghukum ADUN yang melompat parti jika mereka masih ingin bertanding.
Kasihan semua warga Perak yang dirundung kemelut politik yang tidak ada titik noktahnya akhir-akhir ini.

Tiada ulasan: