Selasa, 24 Februari 2009

Kg. Tentolob Liwan Nikmati Arus Pembangunan Perdana

Sungei Tandiliwan merupakan sempadan rasmi daerah Tambunan dan Daerah Ranau.


Projek Ternakan Ikan Air Tawar. Kolam konkrit 10 petak sedang di bina

Papan tanda Kampung Tentolob Liwan, Kampung Sejahtera.

Gelanggang Sepak Takraw berlatarkan sebahagian perumahan penduduk kampung

Klinik Kesihatan Luar Bandar

Paparan Kempen Anti Dadah dan Hindari AIDS

Bangunan Balai Masyarakat

Perkhidmatan telekomunikasi menggunakan tenaga satelite dan
Klinik Kesihatan Luar Bandar

Sebahagian perumahan penduduk kampung.
Kg. Tentolob Liwan terletak di persempadanan Daerah Ranau dan Daerah Tambunan, 38 km dari Pekan Tambunan, mempunyai penduduk seramai 500 orang terdiri daripada suku kaum Kadazandusun, namun tidak dipinggirkan oleh kerajaan dalam aspek pembangunan prasarana dan kemudahan asas. Berbagai kemudahan asas seperti Klinik Kesihatan Luar Bandar, Balai Masyarakat, Jalan-jalan raya kampung, Surau, Gereja, gelanggang permainan, Bekalan Letrik, Bekalan Air Paip Graviti, jambatan gantung, rumah PPRT, bantuan Jabatan Pertanian, Ternakan Ikan Air Tawar, Telefon Awam, kemudahan pendidikan dan banyak lagi.
Penduduk kampung amat bersyukur kepada YB. Datuk Seri Panglima Joseph Datuk Kitingan khususnya dan kerajaan Barisan Nasional amnya atas komitmen membelah nasib rakyat khususnya kepada kampung-kampung yang terletak jauh diluar bandar.
Kemajuan yang ada dikampung ini sememangnya setanding dengan pembangunan dikampung-kampung pinggir bandar.
Dalam konteks ini, tidak ada sebab bagi penduduk kampung Tentolob Liwan untuk tidak menyokong dan mempertahankan kerajaan yang ada.

2 ulasan:

TADIKA berkata...

Betul kah kau cakap

TADIKA berkata...

Lagi-lagi tidak ketingalan arus pembangunan perdana, tetapi ketingalan kereta Api hee.....

Dikampung Saya penduduk keluar wang saku sendiri bayar buat jalanraya sepanjang lebih kurang 6 KM, Kos lebihkurang hampir RM 30 Ribu, belum bubuh batu kelikir masih tanah merah bah kalau hujan kurita ada luger pun tidak sampai, bila agaknya Datu Pairin Kasih peruntukan... kami tunggu khabar baik