Khamis, 12 Februari 2009

HANRUH Jaminan Kesejahteraan Negara



HANRUH telah di perkenalkan pada tahun 1986, singkatan bagi Pertahanan Menyeluroh yang merupakan suatu konsep pertahanan yang mengemblengkan peranan aktif agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat jelata dalam mempertahankan kedaulatan dan keutuhan Negara. HANRUH turut menekankan supaya kesinambungan peranan mempertahankan Negara bukan terletak dibahu anggota keselamatan semata-mata tetapi meliputi anggota masyarakat keseluruhannya.
HANRUH telah dijadikan sebagai satu prinsip asas di dalam Dasar Pertahanan Negera yang mengandungi lima komponen teras iaitu:

1. Kesiapsiagaan Keselamatan
Kesiapsiagaan Tentera dan Polis melindungi nyawa dan harta benda serta memelihara
keselamatan awam. PDRM sebagai teraju dalam konteks ini.

2. Penyatuan dan Perpaduan Masyarakat
Bangsa Malaysia perlu utuh dan bersatu serta hidup harmonis tanpa mengira perbezaan
status, kaum , agama, budaya dan negeri.Kemantapan integrasi nasional dan integrasi budaya
mampu merialisasi keutuhan Malaysia.

3. Kesiapsiagaan Awam
Kesediaan agensi-agensi awam, pihak swasta, NGO dan orang awam dalam mempertahan
keselamatan negara dari bencana peperangan, darurat dan bencana.

4. Daya Tahan Ekonomi
Kerajaan dan swasta disemua sektor ekonomi berganding bahu dan bersatu untuk
memastikan kemampuan dan kekuatan ekonomi negara terus mantap dimasa aman mahupun
masa perang dan darurat. Perlu ada stok bahan-bahan perlu dan memastikan kemudahan
pengangkutan, tenaga dan sumber air tidak terjejas semasa peperangan.

5. Keutuhan Psikologi
Memiliki kekuatan mental, komitmen dan keyakinan yang padu terhadap kedaulatan dan
pertahanan Negara. Memupuk sifat-sifat mulia seperti berani dan sanggup berkorban demi
rasa cinta kepada negara, bijak memainkan peranan semasa aman dan darurat di samping
mengamalkan nilai-nilai agama dan moral yang tinggi. Tidak mudah terpengaruh dengan
dakyah musuh serta memiliki jasmani yang cergas lagi berdisiplin.

Dalam penjelasan makna dan erta sebenar HANRUH, sebagai rakyat Malaysia yang setia dan cinta kepada tanah air tercinta ini supaya sama-sama mengembleng tenaga bersama kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Perlu kita ingat bahawa setiap kita ada peranan penting dalam memantapkan kesejahteraan negera.


Dipetik dari Sinar Mentari 1/09.


Tiada ulasan: