Isnin, 9 Februari 2009

PERLUKAH UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT PARTI ?

Cadangan sesetengah ahli politik agar digubal undang-undang anti lompat parti bagi mengelakkan berlaku lompat parti di kalangan Wakil Rakyat.
Isu ini mencetus berbagai pandangan positif dan negatif dikalangan rakyat jelata.
Dari sudut Pro:
1. Undang-undang anti lompat parti boleh mengekang wakil rakyat untuk lompat parti.
2. Undang - undang ini akan memantapkan sesebuah parti .
3. Amalan lompat parti dilihat mengkhianati pengundi dan boleh mencetuskan porak poranda
menggugat keselamatan negara
4. Kestabilan kerajaan.
Dari sudut Kontra:
1. Tidak demokratik.
2. Lompat parti adalah alternatif positif wakil rakyat untuk dapat berkhidmat dengan lebih
efektif, efisen dan berkesan kepada konstituensinya.
3. Satu jalan penyelesaian jika lompat parti direstui oleh pengikut dan penyokongnya.
4. Membelakangkan kepentingan pengundi.
5. Mengalakkan politik wang.
Suara Tambunan berpandangan bahawa isu ini perlu dilihat secara positif. Ekoran dari insiden nyata berlaku di Negeri Perak baru-baru ini, Kelatan, Sarawak dan Sabah dimasa silam nyata menjatuhkan imej demokrasi negara kepada mata dunia. Amalan lompat parti telah membawa ketegangan dan mengancam ketenteraman awam ekoran rasa marah, tidak puas hati serta kecewa kepada wakil rakyat yang terlibat. Amalan melompat parti disifatkan sebagai 'Pemimpin Katak 'yang pasti merosak imej dan personaliti pemimpin disamping menjejaskan masa depan kerjaya politik . Lompat parti kadangkala 'merugikan kawan menguntungkan lawan '. Setelah mengambil kira pro dan kontra ini, wajarkah digubal undang-undang anti lompat parti ini, fikir-fikirkanlah!

Tiada ulasan: