Rabu, 18 Februari 2009

MINI HIDRO ( HYGEN ) MENJANA EKONOMI KOMUNITI

Encik Hamid Jasmin
Gritty Inventor
Back Drop Perasmian.
YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah turun padang melancarkan projek HYGEN di Kg. Libang Laut, Tambunan pada 19hb. Februari, 2009. Turut hadir ialah YB. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Kelihatan Turbin Mini Hidro siap untuk dilancarkan



Rangka Turbin yang di reka dan dicipta oleh Saintis/Jurutera dari Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi, SIRIM, WAITRO dan ISESCO.
Datuk Seri Joseph Pairin Datuk Kitingan menyanjung tinggi ilham dan keupayaan seorang petani setempat, Encik Hamid Jasmin atas initiatif dan daya usaha mencipta reka bentuk mini hidro dari segi rekaletak turbin untuk memutarkan satu Dynamo untuk menghasilkan kuasa letrik sehingga menarik perhatian para saintis dari WAITRO, ISESCO, SIRIM dan MOSTI.

Dari mini hidro buatan anak kampung yang hanya mampu membekalkan 8 buah rumah , kini di perhalusi dan di naik tarafkan mengikut teknologi moden dibawah bimbingan pakar-pakar sains kini dapat membekalkan kira-kira 40 buah rumah.
'Necessity is the mother of invention ' dan 'Where there is a will, there is a way ' kata Datuk Pairin mengambarkan kejayaan mencipta sebuah Mini Hidro berasaskan besi serta 'gear box' kereta terpakai. Hakikatnya, bekalan letrik belum lagi sampai ke kampung-kampung sekitar ini. Justeru kemahuan mereka untuk menghendakkan bekalan letrik tercapai ekoran kejayaan membina Mini Hidro ini.
Dalam kesempatan ini, Datuk Pairin selaku Wakil Rakyat Tambunan memberi keyakinan kepada rakyat setempat bahawa Kerajaan mengambil berat akan permasalahan yang dihadapi seperti jalan raya, bekalan lampu letrik ( kini sedang dalam pembinaan menuju ke Kg. Libang ) sekolah, jambatan dan yang lain-lain.

Ucap terima kasih kepada MOSTI, SIRIM, WAITRO , ISESCO dan Pejabat Daerah Tambunan dalam menjayakan program pembangunan Hygen untuk menjana ekonomi komuniti di Kg. Libang Laut Tambunan.





2 ulasan:

aki-aki berkata...

cerdik pandainya seseorang itu ada lah keruniaan Tuhan. makanya jangan sia siakan ilmu yang ada teruskan usaha anda demi menjanakan ilmu yang sebesar biji sawi. Rajin dan usaha adalah tangga kejayaan anda.Syabah anak jati Tambunan.

Unknown berkata...

Smoga trus maju jaya en.hamid