Selasa, 17 Februari 2009

SEKTOR AWAM SEGARA LAKSANAKAN PROJEK RANSANGAN EKONOMI

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu sektor awam merancang dan melaksanakan segara projek-projek yang berorientasikan kebajikan rakyat melalui pakej ransangan ekonomi bernilai RM7 bilion yang diumumkan November tahun lalu bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Setekat ini, hanya 70 % sahaja daripada jumlah peruntukan pakej ransangan ekonomi pertama telah di gunapakai. Kegagalan sektor awam dalam konteks ini telah membantut usaha kerajaan untuk merialisasikan pertumbuhan ekonomi negara. Ia juga telah menjejaskan usaha-usaha kerajaan membantu rakyat menghadapi krisis ekonomi global masa kini.
Pertumbuhan ekonomi akan dirancakkan lagi dengan pengumuman pakej ransangan ekonomi kedua yang bekal di umumkan oleh TPM / Menteri Kewangan nanti.
Justeru itu, sektor awam disaran melipatgandakan usaha pelaksanaan program-program ransangan ekonomi negara. Sektor awam dan sektor swasta memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi negara.
PM yakin dengan keupayaan Sektor awam dalam merealisasikan impian, kehendak kerajaan dan aspirasi rakyat. Bajet yang diluluskan perlu dibelanjakan mengikut masa yang ditetapkan serta projek yang dilaksanakan memberi nilai tambah kepada kerajaan khas dan rakyat amnya.

Tiada ulasan: